Tuesday, October 1, 2013

Resepi 276 : Rustic Pear Tart

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ni 
hari pertama masuk sekolah bagi sesi
sem ke 2 tahun ke 3 di Jepun ni.
Kelas tadi pulak ade satu je,
so, terfikir nak buat tart yang 
simple lagi mudah ni.


Resepi ABM buat ikut suka je.
Sebab buat tart ni lebih kurang je
macam buat apple tart.
Cuma kali ni guna buah pear.
So, sesape yang nak cuba,
boleh la try resepi dibawah.


BAHAN BAHAN

Pie Doh

Filling
2 biji buah pear - dibuang kulit dan dipotong nipis
1/2 biji jus lemon
2 sudu besar gula perang
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis - ikut citarasa
2 sudu besar tepung gandum

Bahan Lain
Sedikit butter yang dicairkan
Sedikit gula perang


CARA CARA
1. Doh yang sedia di canai hendaklah dikeluarkan dari peti ais. Canai selebar yang boleh. Pastikan papan canai ditabur sedikit tepung untuk memudahkan kerja. 
2. Alihkan doh yang dicanai diatas loyang leper untuk dimasukkan kedalam oven.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan kesemua bahan filling. Gaul rata.
3. Susun pear diatas doh. Pastikan ada ruang dibahagian tepi doh utk dilipat. Lipat bahagian tepi doh.
4. Bahagian doh yang dilipat tadi hendaklah disapu dengan butter. Kemudian, ditaburkan gula perang disekeliling doh.
5. Panaskan oven 180c. Bakar didalam oven selama 50-55 minit. Bergantung pada oven masing2.
6. Biarkan sejuk diatas redai sepenuhnya sebelum dipotong. Enak dimakan bersama vanilla icecream.

ENJOY!

9 comments:

Cheq Sue said...

wah... baru je sampai jepun terus buat tart eh..mesti rindu2 nak masak gitu. akak pun dalam rancangan nak buat tart jugak ni...semalam beli epal...kena paksa diri biar rajin baru leh jadi :)

cheq da said...

Akak cheq sue rajin bebenar..nti sampai la apple crumble dpn mata...memang enjoy yea..

cheq da said...
This comment has been removed by the author.
A.B.M said...

cheq da ngn cheq sue ni adk beradik ke? hihihi
tp ABM mmg suka buat tart jenis free style ni. Mmg mudah sangat. dan xdelah doh yang membazir.
:)

Roslia Mohd yusof said...

Saje kenalkan blog ni kt ank bujang,br 13 thn...hihi...sajela,mane tau pelan2 dia minat memasak...Betul tak abm?

Roslia Mohd yusof said...

Saje kenalkan blog ni kt ank bujang,br 13 thn...hihi...sajela,mane tau pelan2 dia minat memasak...Betul tak abm?

cheq da said...

Adik beradik kembar tak seiras..he3 tp suka masak..suka mkn..lahir pd bulan yg sama..ngajar plak satu sek yg sama..he3

A.B.M said...

ye ke kak roslia? mudah2an semngt dy timbul tgk blog ni. hihi

A.B.M said...

alamak, cheq da ngn cheq sue cikgu rupenyaa. hihi. selamat malam cekgu! :D haha