Friday, September 20, 2013

Resepi 275 : Chocolate Indulgence Cake "wanna be" - Pon Bolehh

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ini siap jugalah
kek chocolate indulgence
yang akan dibawa esok ke rumah
akak saya.
Memang kene "buli" abis abisan
ABM kat rumah ni. hihi.
Tapi tak pe, perkara yang ABM suka buat kan.
So, ABM pon relakan ia. cewah.
Maklumlah hari Rabu depan ABM dah balik
semula ke Jepun untuk menimba ilmu.
Okeylah, motif ABM tulis "wanna be" pada resepi
adalah sepatutnya kek ni dilapisi dengan 3 mousse.
iaitu, 2 lapisan cream cheese dan
satu lapisan coklat.
Tapi, semasa buat kek, ABM guna loyang 21cm.
So, kek jadi rendah. Tak boleh nak belah 4.
ABM buat la kputusan buat jelah 3 lapisan kek
dan 2 lapisan cream. haha


Untuk resepi ni ABM tak rujuk mana2 blog sangat.
Cuma ABM rujuk blog The Blue's Kitchen ni
untuk cara2 buat sponge cake menggunakan tepung optima.
Maklumlah, festime guna tepung tu.
Tapi, Jika anda tak ada tepung optima,
boleh je guna mana2 resepi chocolate sponge cake.
Asalkan jadi kek utk dilapiskan pon sudah cukup.
Dan untuk resepi cream2 tu pulak,
ABM buat guna resepi yang ABM  buat tempoh hari.
Maklumlah, ABM ni peminat mousse.
So, cara2 pembuatannya sudah lekat dalam kepala ni.


BAHAN BAHAN
(21cm - kalau nak kek tinggi sikit, guna 18-19cm)

kek sponge coklat
320g tepung optima
6 biji telur
40g serbuk koko
90g susu segar
2 sudu kecil esen vanilla
90g butter - yg dicairkan
*atau gunalah resepi spongekek yang lain*

coklat mousse
200g coklat - dipotong kecil
15-20g gula kastor - ikut citarasa
1 biji telur kuning
40ml susu segar
1 1/2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air - dicairkan
160ml non-diary whipping cream - ABM guna yg dh manis
*jika guna whipping cream yg tawar, tambah jumlah gula ikut citarasa*

cream cheese mousse
180g cream cheese - disuhu bilik
3-5 sudu besar gula - ikut citarasa
4 sudu besar susu segar
2 sudu kecil gelatin + 2 sudu besar air - dicairkan
230ml non-diary whipping cream - ABM guna yg dah manis
*jika guna whipping cream yg tawar, tambah jumlah gula ikut citarasa*
*jika mahu buat 2 lapisan cream cheese, lebihkan sukatan sedikit ya*

coklat ganache
200g coklat
80-100ml UHT whipping cream
1/2 sudu besar mentega
*jika nak ganti dengan non-diary whipping cream pon boleh*


CARA CARA

kek sponge coklat
1. Panaskan oven 175c.
2. Masukkan tepung optima, telur dan susu segar. Pukul sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan esen vanilla dan serbuk koko. Kaup balik sebati.
4. Masukkan butter dan kaup balik lagi.
5. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 35-45 minit. Bergantung pada oven.
*boleh guna apa2 resepi kek sponge coklat. Kek hanya lapisan sahaja. Rasanya sama sahaja seperti sponge kek biasa, cuma cara penyediaan nya lebih mudah*
6. Biarkan sejuk diatas redai sebelum dipotong kepada beberapa lapisan.

coklat mousse
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler.
2. Masukkan telur kuning, gula, susu kedalam mangkuk lain dan pukul seketika. Letakkan mangkuk diatas air panas (double boiler) dan pukul sehingga gebu.
3. Masukkan campuran telur kedalam coklat dan kaup balik. Masukkan juga gelatin yang sudah dicairkan dan gaul rata.
4. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan kedalam campuran coklat dan kaup balik sebati.

cream cheese mousse
1. Cairkan cheese dan gula menggunakan kaedah double boiler. 
2. Campurkan gelatin dan gaul rata.
3. Pukul whipping cream sehingga gebu. Masukkan kedalam campuran cheese dan kaup balik rata.

coklat ganache
1. Panaskan UHT whipping cream dengan menggunakan api yang kecil. Jangan sampai mendidih.
2. Jika dah panas, masukkan coklat dan butter kedalamnya dan gaul sehingga coklat cair. Ketepikan.

Penyediaan
1. Potong kek kepada 3 lapisan. (jika nak buat 3 lapisan mousse, potong kek 4 bahagian)
2. Lapiskan mengikut urutan dibawah :
Lapisan kek - Coklat Mousse - Lapisan kek - Cream Cheese Mousse - Lapisan Kek
3. Jika membuat 3 lapisan mousse, ikut urutan dibawah:
Kek - Cream Cheese Mousse - Kek - Coklat Mousse - Kek - Cream Cheese Mousse - Kek
4. Cover bahagian luar dengan mousse (tgk lah mane yang ada lebih. hihi)
5. Sejukkan didalam peti ais selama 1 jam sebelum tuang ganache diatasnya.

p/s : jika tiada gelatin, boleh skip bahan tersebut. ABM gunakan kerana, ABM nak bawa kek ke rumah kakak ABM yang agak jauh juga. Jika ada gelatin, ia akan "memegang" mousse tu supaya tak cair. Jika nak makan dirumah, tiada masalah jika tidak diletakkan gelatin didalamnya.

ENJOY!

9 comments:

cikNor said...

hi, ABM...cikNor pun selalu jugak buat kek coklat indulgence ni tapi moussenya lain sikit.lps ni nak try buat mousse yg mcm ABM buat pulak...thanks for sharing (^_^)

~nimichan~ said...

wahhh...ni yg jeles ni tgk ABM wat..nk wat jgak la..pling best ABM da tunjuk tuto step by step..tq ABM :)

A.B.M said...

Cik nor,
Nanti boleh la try resepi kat blog ABM ni pulak. :)

A.B.M said...

nimichan,
Jom try buat jugak :)
Tapi ABM tak sempat nak buat tutor step by step dlm bntuk gamba.
Ni jelah yg mmpu ABM kongsikan :)

Mummy Aida said...

Salam ABM,
Sedap Nya, kalau lah kita satu kampong, mummy datang Bawa piring. Minta sepotong kek yum yum
Mohon share ye anakda.... Mummy nak Cuba buat la.... Thanks

Anonymous said...

Nnti Abm balik kg,akak nk tempah dgn Abm la.dwpan rumah mak abm je.nk buat takut tak jdi.hehe

A.B.M said...

insyaAllah bolehh, hihi.
Tapi ni akak yg mne eh?
:D

Hidayah mawardi said...

boleh x guna resepi kek kukus coklat?

Anonymous said...

Blh guna susu cair x?