Resepi 272 : Kek Coklat Mousse - Versi kedua

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


ABM ada buat kek ni
khas untuk my kakak yang sambut
birthday pada hari ahad lepas
iaitu 18 ogos.
Tapi majlisnya baru buat semalam.
Yelah, ABM upload macam2
kat blog ni time kat jepun,
takkan la taknak buatkan kat akak kan.
So, terajin la sedikit nak buat.
Dan Alhamdulillah mendapat pujian
pada kek tersebut.
Macam icecream katanya.
Resepi pon ABM belek2 resepi yg pernah ABM buat.
Untuk bahagian kek, ABM rujuk pada Kek Coklat Oren
yang asalnya dari blog Pn Juwita.
Untuk resepi mousse,
ABM rujuk pada resepi di Kek Mousse Coklat yang
ABM dapat dari buku resepi jepun.
Sesape nak cuba bolehlah try ya!


BAHAN BAHAN
(Loyang 18cm)

BAHAN KEK COKLAT
bahan A
3 biji kuning telur
100g gula kastor
120g tepung kek (ABM guna tepung gandum ja)
50g minyak sayuran
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

bahan B
30g serbuk koko
120ml air suam

bahan C
3 biji putih telur
60g gula kastor
1/4 sudu kecil cream of tartar

BAHAN MOUSSE
300ml non-diary whipping cream (jenama RICH)
160g coklat - dipotong kecil
60ml susu segar
30g gula kastor
2 biji kuning telur


CARA CARA

KEK COKLAT
1. Satukan bahan A kedalam mangkuk dan gaul sebati menggunakan senduk kayu. Ketepikan.
2. Bancuh bahan B dan kacau rata. Satukan pada bahan A dan gaul rata.
3. Untuk bahan C, pukul putih telur sehingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan pukul seketika. Masukkan pula gula sedikit demi sedikit dan putar sehingga kental. Bila diterbalikkan mangkuk, putih telur tak tumpah.
4. Masukkan putih telur kedalam adunan coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sebati.
5. Panaskan oven 170C. Sediakan loyang. Masukkan adunan kedalam loyang. Bila oven dan dipanaskan, bakar selama 45-50 minit atau sehingga masak. Sejukkan diatas redai sepenuhnya sebelum dipotong kepada tiga bahagian.

MOUSSE COKLAT
1. Cairkan coklat menggunakan kaedah double boiler dan ketepikan.
2. Didalam mangkuk, masukkan susu, gula dan kuning telur dan kacau sebati. Gunakan kaedah double boiler juga dan kacau adunan sehingga kembang sedikit dan adunan menjadi suam.
3. Keluarkan dari double boiler dan sambung pukul sehingga menjadi kembang.
4. Masukkan adunan telur kedalam coklat dan gaul rata.
5. Dimangkuk lain, masukkan whipping cream dan putar sehingga kembang. Masukkan whipping cream kedalam adunan coklat sedikit demi sedikit dan kaup balik sebati.

PENYEDIAAN
1. Kek hendaklah dipotong pada tiga bahagian. Letakkan lapisan kek pertama pada loyang semula (mesti yang springform ya!). Dan sapukan diatasnya sedikit air untuk lebih moist.
2. Masukkan sedikit mousse diatasnya dan ratakan. Lapisan kek kedua juga hendaklah disapu dgn sedikit air dan letakkan didalam loyang yg berisi kek dan mousse tadi. Buat sehingga habis.
3. Rehatkan didalam peti ais selama 20-30 minit. Keluarkan pada loyang springform dan sapu bahagian luarnya dengan lebihan mousse tadi. Sejukkan sepenuhnya dalam peti ais sebelum dimakan. Hiaslah bahagian kek ikut citarasa.

ENJOY!


Comments

Luqman Zakaria said…
nampak menyelerakan..hehe
zaxx said…
yummmy..:) mousse memang sedap,hehe boleh try lak resepi ni pasni..:)
mrs said…
yummy nampak sangat menyelerakan!
A.B.M said…
[luqman]
boleh la cuba after this. :)
A.B.M said…
[zaxx]
yup, mousse mmg sdp. all time favourite! ahaha
A.B.M said…
[syapex]
moh le cuba! :D
A.B.M said…
[mrs. smile]
mmg yummyy!
Anonymous said…
Nice. Resepi mousse choc cake yg i jumpa sebelum ni, xmasak. So telur xmasak la kan. Yr resepi different. Absolutely will try. Good job. Thanks for sharing :)
Mama teha said…
sedap banget...bday sya sama tarikh 18 ogos

Popular Posts