Wednesday, August 21, 2013

Resepi 271 : Kek Lapis Traffic Light Asam Manis - Versi Bakar

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Wah wah.
Rajin pulak ABM melapis kan.
Bukan apa, ni pon ada makcik kat sini
mintak tolong ABM buatkan kek lapis ni.
So, ABM pon tolong lah buatkan.
Kiranya cam ABM ambil order jugalah.
Rasa cam kelakar pulak.
Tapi kata orang tu dah rezeki kan.
Cuba2 lah buat.


Untuk resepi,
ABM rujuk dari blog Che Mat.
Sukatan pon ABM ikut Che Mat punya.
Memang cukup rasa.
Tak terlalu manis.
Thanks ye che mat. 
Kalau nak cuba tu,
boleh la jenguk2 resepi kat bawah ni ya.


BAHAN BAHAN
(8inci x 8inci)

450g mentega
130g gula kastor
10 biji telur gred A
300g biskut marie - dikisar dan diayak
200g susu pekat manis
85g seri kaya
1 sudu kecil esen vanilla
2 bungkus asam manis (ABM guna 4 bungkus)
Pewarna makanan secukupnya (Hijau, Kuning, Merah)


CARA CARA
1. Sediakan loyang dan griskan dengan mentega. Lapik dasar dengan baking paper. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula sehingga gebu dan pucat. Masukkan telur satu persatu dan pukul sehingga kembang lagi. Kemudian, masukkan pula esen vanilla dan seri kaya. Pukul sebati. Pada tahap ini, adunan akan berketul2.
3. Perlahankan kelajuan. Masukkan kisaran biskut marie dan susu pekat sedikit demi sedikit. Putarkan sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna pada setiap adunan. Gaul sebati.
5. Panaskan oven 175C dengan menggunakan api atas. Panaskan loyang kedalam oven selama 1-2 minit untuk memudahkan adunan diratakan. Masukkan 1 senduk kecil adunan kedalam loyang dan ratakan. Bakar didalam oven selama 5-7 minit. Bergantung pada oven. Kemudian, keluarkan dan tekankan adunan yg sudah dibakar (ABM guna cawan dan golekkan). 
6.Masukkan 1 senduk kecil lagi diatasnya dan ratakan. Susun kepingan asam manis sekata. Bakar lagi 5-7 minit. Ulang sehingga habis.
7. Untuk bahagian atas, bakar selama 10 minit. Pada minit ke 2 atau 3 yang pertama, cover bahagian atas dengan aluminium foil dan sambung proses pembakaran untuk mengelakkan bahagian atas terlalu hitam.
8. Bila dah siap, keluarkan dari loyang dan sejukkan diatas redai barulah dipotong.

ENJOY!


6 comments:

syapex said...

nk tanya...
ABM guna biskut marie jenama apa...?
sbb stiap kali sy buat kek lapis yg guna biskut marie yg berlainan jenama, tekstur kek pun jd berlainan jgk... ada yg gebu & ada yg npak mampat...

Eey said...

Rajin betol ABM melapis. Saya ada rasa nk cuba melapis, tapi belom berkesempatan lg. :)

A.B.M said...

[syapex]
owh, ade perbezaan eh? ABM tak tau pulak.
Yg ni ABM guna jenama Hwa Tai. Sebab harganya murah sikit. HAHAHA

A.B.M said...

[eey]
hihi. tu lah. bila dah melapis sekali, mmg teringin nk melapiss je. :D

syapex said...

sblm ni guna yg timbang. tu lg murah. hehee... kek npak gebu sikit...
tp bila guna yg dlm bgukusan tu nmpak ala-ala mampat...

A.B.M said...

agaknya lah kot.
kalau yg mahal kek nmpk mampat.
Kek ABM ni pon x mampat sgt. sbb beli yg murah gaknye. HAHAHA