Monday, July 29, 2013

Resepi 269 : Quick Honeydew Icecream - Sepantas Namanya!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah,
hari ni dah masuk fasa terakhir kita berpuasa.
Dan ABM pulak tak lama lagi
akan pulang bercuti ke kampung halaman.
Tak sabar rasanya.
InsyaAllah minggu depan hari selasa,
ABM dah berada di Malaysia.
Dapat lah jugak berbuka puasa sehari
dirumah daripada takde. hihi


Okeylah, hari ni ABM buat lagi
menu Quick Icecream.
Sebenarnya, ni dah masuk kali ke3 ABM buat
Quick Icecream ni dengan menggunakan
3 jenis buah yang berbeza iaitu,
Strawberry, Nenas dan Tembikai Susu ni.
ABM buat icecream ni semalam.
So, dapat lah rasa sikit icecream ni.
Apa yang ABM dapat simpulkan,
antara ketiga2 jenis buah yg ABM guna,
buah tembikai susu nilah yang paling sedap.
Sebabnya, buah tembikai susu yang rasanya manis lemak ni
menambahkan lagi keenakkan icecream ni.
Anda2 tu, boleh la juga try guna buah2 yang ada kat pasar tu.
Asalkan bersesuaian dgn cara pembuatannya.


BAHAN BAHAN

500g tembikai susu - dipotong kecil dan dibekukan.
80-100g gula kastor - ikut kemanisan buah
1 biji putih telur
200ml whipping cream
sedikit pewarna hijau - kalau tak letak pon xpe


CARA CARA
1. Masukkan tembikai susu yang sudah dibekukan dan juga gula kedalam food processor dan kisar halus. (jika gunakan blender biasa, masukkan tembikai susu sedikit demi sedikit).
2. Masukkan pula putih telur dan kisar sebati. Kemudian, masukkan whipping cream dan kisar lagi sehingga sebati keseluruhannya. 
3. Masukkan kedalam bekas yang sesuai dan masukkan pewarna hijau. Gaul rata. Pada tahap ini, adunan agak cair. Masukkan kedalam peti sejuk supaya keras sepenuhnya sebelum dimakan.

p/s : Lebih mudah menggunakan food processor berbanding blender biasa.

ENJOY!

11 comments:

siti.fizzie.fizz said...

isnt this called parfait?

A.B.M said...

the ice itself called icecream. kalau dah di layerkan, barulah dipanggil parfait. Yg biasa jual kat kedai yg guna cawan panjang, then, ade layer icecream dgn bahan2 lain.

itu apa yg sy faham lah. :)

siti.fizzie.fizz said...

the word parfait is used for this kind of ice dessert, where you only use cream. For ice cream, you need to constantly stir, so if there is no stirring involved (because there is no milk that can become ice particles), I think its called parfait. Doesnt have anything to do with layering, mana you baca pasal layering tu baru parfait?

A.B.M said...

itu dlm pengetahuan sy saja. Maaflah tak tahu sgt. Tp ni just a quick method to create icecream. Nanti tulis parfait ramai pulak tak tahu.

btw, thanks for the info.

siti.fizzie.fizz said...

its ok- sorry for the tone. Tapi as a food enthusiast penat tengok malaysian food blogger main tempek je asal dapat ramai views. Kesian org malaysia lain yg tengok percaya jerla kan

A.B.M said...

tp the texture is similar to icecream. Same goes to gelato or sorbet. Kalau ramai yg tak tahu apa bende tu, mesti cakap bende tu icecream. So, jgn lah slhkan blogger semata2. Kami hanya memudahkan apa yang nampak rumit. Basically, nama "parfait" itu sendiri tidak selalu digunakan oleh rakyat malaysia. Sory lah kalau nama menu ni menampakkan seperti saya "menagih" views yg ramai. Niat utk memudahkan, bukan menagih views.

siti.fizzie.fizz said...

aww, jangan lah marah. I just felt tergerak untuk tulis. True tak ramai orang Malaysia tahu, but it doesnt hurt to know the real name. Since dah ada blog, why not educate a bit, kan? But seriously, this is just my opinion, what you include/write in your blog is also up to you :) I like exchanging ideas, opinions. And like in my previous comments, I am not judging anyone here, they are just my opinions. Bulan puasa ni, jangan mareeee :D

Anonymous said...

kdg2 sesetengah orang pandai tak bijak dalam menunjukkan kepandaiannya lalu terserlah kebangangan pulak..

A.B.M... teruskan usaha murni anda.. anda tak perlu “menagih views". kami yg ketagih posting anda.. abaikan commentors yg irritating dan annoying.

Gee® said...

Wow! bestnyaaa...

Iman Wildan said...

saya tak kesah icecream ke,parfait ke apa ke,masuk dlm mulut,menuju ke perut semua glucose dh diabsorb masuk dlm circulation..tindakbalas segala biochemical sama juge..educated ke tak pasal nama makanan, semua bole jd punca diabetes juga dimakan berlebihan..peace! :) hehe..but nice to know something knew.

p/s: rasulullah pesan, nak dakwah biar berhikmah, ummm..benda ni apply kt all aspects of life kn..heee..

Anonymous said...

Hi ABM,

I suka the colours and rasa nak masuk mulut je skrg sbb cuaca panas terik kat luar nun.. (sambil mouth watery)

Psstt, katanya blogger kena cerdik. Tapi rasanya banyak blogger amatur ni takde lah educated sangat and belajar di luar negeri. Contohnya, saya dengan rendah diri tidak belajar tinggi mana pun uh uh uh.. cukup di dalam negara Malaysia aje. Kadang-kadang, diaorg buat blog ni hanya nak mengisi masa lapang dan share recipes yang diaorg tau.

Tapi mungkin juga si dia cuba bagitau kat you supaya confirmed (study) dulu supaya penulisan you itu adalah benar bukan di ada-adakan. (Apa yang I cakap ni?? hahaha)

You juga betul sebab kita guna perkataan yang mudah di fahami. Dia kena faham, tak semua org yang baca blog ni adalah orang yang berpelajaran tinggi, belajar di luar negara. Kebanyakkannya suri suri rumah tangga, mak mak and so on. Karang kalau di sebutnya perkataan yang pelik sikit, 'apo kobondo eh jang?' katanya.. ahhhh sudah!! hahahahaha..