Sunday, July 28, 2013

Resepi 268 : Apple Cinnamon Rolls

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Okeylah, harini ABM nak kongsi
resepi roti yang sgt ABM suka.
ABM pernah buat cinnamon rolls sebelum ni.
Tapi tak pernah lagi buat yg ada apple didalamnya.
Haritu ABM ada beli apple.
Agak banyak jugak.
Tetiba timbul nak buat resepi ni.


Resepi ABM search je kat En. Google.
Then ABM pon singgah la kat blog Dulce Dough ni.
Resepi agak mudah nak ikut.
Cuma ada ABM tak ikut 100% lah resepi asal.
Ada juga yg ABM olah sikit2.
Nak resepi, boleh la jenguk2 kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(16 ketul apple cinnamon rolls)

Doh
3 1/2 - 4 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu kecil yis 
1/4 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 cawan susu segar - disuamkan 40-50℃
1/2 cawan mentega - disuhu bilik 
1 biji telur - dipukul seketika

Inti
2 biji epal - dibuang kulit dan didadu kecil
1 cawan gula perang
1/4 cawan mentega - suhu bilik
1 sudu besar serbuk kayumanis - boleh tambah ikut citarasa

Sedikit susu pekat untuk topping


CARA CARA

Doh
1. Masukkan tepung, yis, gula dan garam kedalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Masukkan mentega, susu dan telur kedalam tepung tadi dan uli sehingga menjadi doh yang lembut (lebih kurang 10-15 minit menguli). Jika ada mixer doh lagi mudah.
3. Jika doh terlalu lembek, tambahkan sedikit lagi tepung. 
4. Ambil mangkuk dan griskan dengan mentega. Masukkan doh yang telah diuli sempurna tadi kedalamnya dan perap selama 1 jam sehingga doh naik double in size.

Inti
1. Satukan gula dan serbuk kayumanis dan gaul sebati.

Penyediaan
1. Doh yang dah kembang tadi hendaklah dikeluarkan anginnya (tumbuk2 sikit doh tu). Canai doh menjadi bentuk segi empat tepat yang agak besar (pastikan doh jgn nipis sgt ya.
2. Sapukan mentega diatasnya dan taburkan campuran gula dan kayumanis tadi diatasnya. Taburkan juga epal yang dipotong kecil tadi.
3. Gulung doh dengan berhati2. Potong doh sebanyak 16 bahagian. Masukkan kedalam tray dan susun elok2.
4. Oven hendaklah dipanaskan 180c. Bakar selama 20-30 minit.
5. Biarkan sejuk dahulu barulah dihidang bersama susu pekat.

ENJOY!

5 comments:

siti nur afifah muhab shah said...

nyum3~~sedapnye alep..nak try wat laa nnty..:)

A.B.M said...

try lah pipo. :)

Anonymous said...

As Salam ABM..
Last week baru cari resepi ni..tp ni lain sb ada apple..mesti sedappp...thanks utk resepi ni.

A.B.M said...

wsalam.
mmg mabeles! ABM mmg suka gabungan epal dengan cinnamon. :)

azmah As said...

T kasih ABM akak dh buat dan mmg sangat lembut dan sedap