Resepi 267 : Jagung Bakar - Citarasa ABM
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Terlebih dahulu ABM nak mintak maaf banyak2
kerana dah lama tak update resepi disini.
Bukan apa, skrng ni dah masuk
minggu2 exam.
Lagipon Alhamdulillah ABM telah dilamar
oleh majalah Aroma untuk berkongsi resepi
didalam majalah tersebut.
InsyaAllah jika tiada aral,
akan disiarkan pada edisi September 2013.
ABM ada juga menyediakan beberapa resepi
yang belum pernah ABM siarkan di blog ini.
Nak tahu resepi apa?
Jika dah keluar nanti, belilah ya :)
Tadi ABM bukak blog,
tetibe ada lah satu komen daripada Anon ni
yang membuatkan ABM tersentap seketika.
Tapi mungkin beliau ni tidak berapa faham tentang
maksud ABM pada sidebar "peringatan" di sebelah.
ABM ada lampirkan disini jawapan
kepada cik/puan/encik/tuan Anon ni.
Diharap dapatlah memahami apa yang dimaksudkan oleh ABM.
ABM juga ingin meminta maaf jika kata2
pada sidebar tu agak "keras" bunyinya.
(Klik gambar untuk tumbesaran) |
Ok lah, berbalik pada resepi hari ini,
ABM ingin berkongsi resepi jagung bakar ni.
Maklumlah sekarang diJepun ni tengah musim Jagung.
Sana sini ada jagung.
So, ABM pon main2 lah bahan yang ada didapur tu,
ikut citarasa ABM.
Bila dah dimasak tu, memang rumah berbau wangi sangat!
Bau jagung sana sini.
Nak cuba? boleh tengok resepi dibawah.
BAHAN BAHAN
(5 tongkol jagung)
5 tongkol jagung
bahan sapu
3 sudu besar madu
1/2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar mayonis
2 sudu besar mentega
CARA CARA
1. Satukan bahan2 untuk disapu dan gaul rata.
2. Jagung yang sudah dibersihkan disapu dengan bahan sos sekata.
3. Untuk dibakar ada beberapa cara. Cara pertama, panaskan grill pan diatas api dan letakkan jagung. Balik-balikkan sehingga masak dan ada hitam2 kesan dibakar.Didalam proses bakar, bolehlah disapu lagi dengan bahan sapu tadi.
4. Cara kedua adalah dimasak diatas grill pada arang. Balik2kan sehingga masak dan ada kesan hitam dibakar.
5. Cara ketiga adalah dengan menggunakan oven. Oven hendaklah pada setting "grill" dan dimasak didalamnya sehingga terdapat kehitaman kesan dibakar. Waktu membakar bergantung pada oven.
6. Bila dah masak, bolehlah disapu lagi dengan sos sapuan tadi.
ENJOY!
Comments
jagung rebus mmg sedap. pastu letak susu pekat sikit, pastu dgn butter. mmg enakk.
yeezy boost 350 v2
yeezy boost 380
off white x jordan 1
golden goose sneakers
jordan shoes
curry 6
yeezy boost 350 v2
moncler
yeezy boost 350