Wednesday, July 17, 2013

Resepi 265 : Simple Chocolate Banana Bread - Easy to make!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM nak kongsi
satu lagi resepi yg mudah
untuk dicuba.
Sejak akhir2 ABM buat menu pantas je.
Bukan apa, final semester exam
just around the corner je.
ABM berbuka pon kalau ada nasi and telur tu,
syukur Alhamdulillah.
Tak de masa lah nak buat lauk pauk ni.


Okeylah, resepi ni pon senang saja.
Resepi asal ABM rujuk dari blog Masterchef Australia.
Tapi, ABM ubah lah ikut suka dan citarasa ABM ni.
Tung tang tung tang kat dapur,
jadilah chocolate banana bread ni.


BAHAN BAHAN
(loyang 9 inci x 5 inci)

3 biji pisang terlebih masak - yg ade hitam2 sikit
110g minyak sayuran
170g gula - ikut kemanisan pisang
2 biji telur
245g tepung gandum
4-5 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
secubit garam.


CARA CARA
1. Panaskan oven 180℃.
2. Lenyekkan pisang sehingga sebati didalam mangkuk. Kemudian, masukkan gula dan pukul sebati.
3. Masukkan telur satu demi satu sambil pukul dengan sebati. Kemudian, masukkan minyak dan garam. Gaul rata.
4. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan gaul rata. Masukkan bahan kering sedikit demi sedikit kedalam adunan pisang tadi dan gunakan spatula, gaul rata. Jangan overwork dgn adunan ya.
5. Masukkan kedalam loyang yg telah digris dgn sedikit minyak/dilapik dengan baking paper. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 50-55 minit atau sehingga kek masak (jika dicucuk dengan lidi, tiada adunan yg basah melekat pada lidi). Sejukkan sebentar sebelum dipotong. Enak juga dimakan bersama sos kastard ataupon apa2 yg sesuai. Dimakan begitu saja pon enak juga.

ENJOY!


1 comment:

ayu jamal said...

sedapnya...baru tadi si anak requet minta masak kek...kene cuba buat jugak ni