Monday, July 15, 2013

Resepi 264 : Quick Strawberry Ice cream - Sepantas 5 minit!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM nak kongsi
satu lagi resepi yang mudah.
Lagi2 time panas2 bulan puasa ni kan.
Bila berbuka dgn ice cream ni,
memang segar lah tekak.


Okeylah, resepi ABM ambil dari rancangan
Masterchef Australia.
Tapi, ABM tak dapat sertakan link resepi,
sbb tak ada kat dalam senarai resepi kat website MCAU tu.
Cumanya semasa segmen Masterclass,
one of judges ade lah buat demo camne nak buat quick ice cream ni.
Nasib baik ada dibacakan bahan2 yg digunakan.
So, boleh la duplicate.
Sebenarnya resepi ni sgt versatile.
Boleh gunakan buah2an kegemaran masing2.
Cara2 membuatnya kenalah tgk resepi dibawah.


BAHAN BAHAN

500g frozen strawberry (dipotong kecil sebelum dibekukan)
250ml whipping cream
1 biji putih telur
70g-110g gula kastor - (ikut tahap kemanisan buah)


CARA CARA
1. Masukkan frozen strawberry dan gula kedalam food processor dan kisar sehingga halus. Jika gunakan blender biasa, hendaklah dimasukkan gula dan strawberry sedikit demi sedikit. Jika tidak, nanti bender jem.
2. Masukkan whipping cream dan kisarkan sebati. Akhir sekali, masukkan putih telur dan kisar sebati.
3. Pada tahap ini, anda akan dapat lihat adunan sudah seakan2 seperti ice cream. Tetapi masih lagi "runny". Jika mahukan keras sedikit, masukkan adunan kedalam bekas yg sesuai dan letakkan kedalam freezer sehingga benar2 beku mengikut citarasa anda.

ENJOY!

7 comments:

Iman Wildan said...

Abm, food processor yg jenama apa bagus ye?nk kne g beli ni.Tgk je abm wat xleh jadi ni..heee..

A.B.M said...

ABM pon tak pasti sbb ABM guna jenama yg takde nama pon. haha. Beli yg murah je. Tapi, panasonic or jenama2 yg "ada nama" rasenye ok. :)

cikNor said...

ehh,sangat mudah...tQ share resepi, boleh try (^_^)

Anonymous said...

kire mkn telur mentah ke?
sbb masuk peti je kan

A.B.M said...

[anon]
yup, telur yg lom dimasak. but dont worry, tak kan burukkan kesihatan pon, malah lg berkhasiat. :) Kebanyakan resepi "mousse" juga menggunakan telur putih yg mentah.

Anonymous said...

Assalamualaikum ABM. Cuma nak kongsi bagi sesiapa yg tak ada freezer boleh juga buat secara tradisional. Selepas letakkan adunan ice cream ke dalam bekas yg sesuai, masukkan bekas adunan tu ke dalam bekas yg telah diisi ice cube+garam. Kemudian tutup bekas itu dengan kain. Tujuannya untuk mengelak udara panas dari luar masuk ke dalam adunan. Setiap 10 minit kena gaul2 adunan bagi sebati, tutup semula dengan kain. Ulang proses tu sampai kita puas hati@ice cream beku. Lepas tu siap ice cream boleh la dimakan. Nomnomnom. Hehehehe

-FARA-

Anonymous said...

kalau ganti strawbwerry ngan coklat ok tak?