Friday, July 12, 2013

Resepi 261 : Nugget Ayam Tauhu - Jika Lebih, Bekukan!

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke 3
kita semua berpuasa.
Dan hari ini juga ABM nak kongsikan
satu resepi yg memang mudah
dan pasti anak2 anda semua suka!
Sebenarnya semalam, cikgu yg mengajar ABM semasa
di persediaan sebelum ke Jepun,
buat nugget ayam ni.
Sangat lah terliur.
Dan sensei (cikgu) jugak ada sertakan resepi yg beliau
rujuk dari blog jintan manis.
Thanks Maisarah sensei for the idea.
And thanks jugak kepada Pn Ros sbb sudi kongsi resepi.


Menu yg sesuai dibuat sahur atau berbuka.
Yg menariknya, kita boleh bekukan nugget ni
jika lebih.
Jika ikut resepi dari blog Jintan Manis ni,
sememangnya dapat jumlah nugget yg agak bnyk.
Bagi ABM yg masih bujang ni,
memang mahukan menu yg mudah dan cepat.
Lagi2 time bersahur.
Memang kemalasan memasak tu naik mendadak.
Jika dah ada nugget ni,
ambil saja kat feezer,
dan goreng!


BAHAN BAHAN
(50-55 ketul - bergantung pada saiz)

4 keping ayam boneless (bahagian dada atau peha)
2 cawan serbuk roti (breadcrumbs)
1/2 biji telur
150g tauhu
garam secukupnya
serbuk lada sulah secukupnya
serbuk lada hitam secukupnya
2 sudu kecil baking powder

untuk coating
3 cawan serbuk roti (breadcrumbs)
2 biji telur - dipukul seketika


CARA CARA
1. Ayam boneless hendaklah dibuang kulitnya. Kemudian potong kecil dan masukkan kedalam food processor. Kisar sehingga betul2 hancur. Jika tiada food processor, gunakan blender biasa. Tetapi haruslah memasukkan sedikit demi sedikit kedalam blender. 
2. Masukkan isi ayam kedalam mangkuk. Kemudian, masukkan serbuk roti dan telur. Gaul rata.
3. Masukkan tauhu, garam, lada sulah, lada hitam dan baking powder. Gaul rata.
4. Ambil sedikit isi ayam dan bulat2 kan. Leperkan sedikit dan masukkan kedalam telur dan golekkan. Kemudian, masukkan kedalam breadcrumbs dan golekkan supaya menyelaputi keseluruhannya. Jika nakkan coating tebal, ulang step coating sekali lagi. Buat sehingga habis. Anda boleh juga buatkan bentuk nugget ni dgn bentuk love, drumstick or else.
5. Goreng didalam minyak panas sehingga keemasan. Jika yg belum dimasak ada lebih, masukkan kedalam ziplog plastic bag dan masukkan kedalam freezer. Keluarkan jika mahu memasaknya.


ENJOY!


12 comments:

Anonymous said...

abg ishkandar.bila mau datang kyoto,msk utk i?hewhewhewhewhew

A.B.M said...

poyo la ko. hahaha

Anonymous said...

TAUHU PKAI TAHU PUTIH TUH KER OR TAUHU COKLAT YG DAH SIAP GORENG TU?

A.B.M said...

Tauhu pakai tauhu yg putih. yg belum digoreng.

Amira di Shiga said...

ABM, nak tnya. kt jepun serbuk roti jenama apa yg ABM guna?

A.B.M said...

Amira
ABM beli di baticrom. :)

Amira di Shiga said...

oh. ada eh? hehe. thank u!

nur zainal said...

ABM, klu switch breadcrumbs kpd nestum boleh ke?

A.B.M said...

[nur zainal]
erm, kurang sesuai la pulak. sbb fungsi breadcrumbs utk kasi crunchy. :)

nur zainal said...

Owh gitu. Nampakny kene la beli breadcrumbs. Anyways, thanks ye!

A.B.M said...

hihi, sori lah ye sbb xde options lain. :) slmt mencuba!

Anonymous said...

Kalau x de tauhu , apa jadi?