Monday, July 8, 2013

Resepi 259 : Deep Chocolate Yogurt Cake with Orange Custard

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Maaflah tersangat busy sampai tak menyempat
nak update blog.
Maklumlah, dah masuk bulan 7 ni, 
final exam pon dh nak dekat.
Ditambah pulak dengan report experiment yg
menyakitkan jiwa.


Kelmarin ABM ade buat kek ni
untuk dibawa bersama2 ke air terjun.
Minggu last sebelum puasa kan.
Haruslah pergi main air kat air terjun.
Nak pergi laut mmg tak sempat dah.
Resepi ABM ambil dari blog Bisous A Toi.
Cuma, ABM tambah dengan kehadiran orange custard.
Memang masuk coklat plus oren.
Tuan empunya blog tu guna satu loyang pound saiz 10 inci.
Tapi, ABM tak ade yg saiz besar tu.
Tapi, ABM guna loyang kek saiz 8 inci 
dan bahagikan kepada 2 loyang.
So, ABm dapat lah 2 biji kek.
Tapi, sesape yg nak buat sebiji je,
boleh la separuhkan adunan utk resepi dibawah ya.


BAHAN BAHAN
(ABM guna 2 loyang saiz 8 inci - 2 biji kek)

deep chocolate yogurt cake
180g tepung gandum
60g tepung kek (superfine)
100g cocoa powder
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
340g butter
400g gula kastor - resepi asal guna 500g
4 biji telur saiz besar
2 sudu kecil esen vanilla
240g yogurt - yogurt yg telah ditapis airnya

orange custard
500ml susu segar
3-4 sudu besar gula - ikut citarasa
2-3 sudu besar tepung custard
1 sudu kecil esen vanilla
1  biji parutan kulit oren
1 biji jus oren



CARA CARA

deep chocolate yogurt cake
1. Panaskan oven 150c. Sementara itu, oles loyang dengan butter dan disalut loyang dengan sedikit tepung supaya tidak melekat.
2. Ayakkan tepung gandum, tepung superfine, cocoa powder dan garam. 
3. Didalam mangkuk lain, masukkan butter dan pukul sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga kembang dan pucat.
4. Masukkan satu persatu telur dan pukul sebati.
5. Didalam mangkuk berisi yogurt, satukan esen vanilla dan kacau rata.
6. Masukkan tepung dan yogurt berselang seli kedalam adunan butter. Masukkan adunan tepung 3 peringkat dan yogurt 2 peringkat. Pukul sebati.
7. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 30-40 minit (jika guna loyang 8 inci yg dibahagikan 2 adunan). Jika guna satu loyang pound cake saiz 10 inci, masak selama 65-75 minit. 
8. Sejukkan di wire rack sebelum dipotong.

orange custard
1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan pukul sebati.
2. Dengan menggunakan api sederhana, masakkan adunan sambil mengacau sehingga adunan memekat. Kepekatan ikut kesukaan anda.
3. Bila dah siap, masukkan kedalam mangkuk kemudian, wrapkan dengan plastik wrap. Sejukkan sebelum dihidang. Plastik wrap hendaklah menyentuh permukaan custard.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA

ENJOY!

2 comments:

Cida de' Nuanza said...

menariknya...nampak sedap..pic pun kreatif..
selamat berpuasa.. :-)

A.B.M said...

salam ramadan juga cida. :)