Thursday, June 13, 2013

Resepi 255 : Laksa Johor Perantau - Asal Boleh...

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni untuk makan tengah hari,
ABM buat LAKSA JDT!!!
hahaha.
JDT pon boleh kan.
Sebenarnya beberapa hari lepas,
ada family drpd one of kawan malaysia kat sini
dtg jepun.
So, akak tu ade lah buat menu laksa johor ni.
Sangat sedapp.
So, teringin punya pasal,
ABM pon buat lah hari ni.


ABM sebelum ni penah makan je.
Tak penah tahu pon cmne buatnya.
Bila tgk jenis mee yg digunakan,
rupanya Laksa Johor ni guna spaghetti.
Wah2!
Nampak tak orng johor sebenarnya asal dari eropah.
HAHAHA. (ABM orng johor ye)
takdelah, gurau je.
Tapi mmg baru tahu haritu.
ABM tau kalau dh kat perantau ni,
susah nk dapat daun kesom.
So, kawan2 yg nak buat tu, 
boleh la ganti dgn daun limau purut sedikit.
Takpon guna bunga kantan (kat jepun ade bunga kantan ye)
Kalau xletak pon xpe, tp kurang Umphh la.
Alternatif lain tu cuma nk bagi bau ja pada kuah tu nanti.
Resepi ABM rujuk dari blog SueJoshua
Thanks for the recipe.
Resepi asal guna sukatan gram,
tp ABM main agak2 je.


BAHAN BAHAN
(4-5 orang)

500g Spaghetti - direbus dan toskan

Kuah Laksa
20g cili kisar
50g serbuk kari
30g kerisik
200ml air (boleh tambah kalau lg kalau pekat
2 keping asal gelugor - boleh ganti dgn jus asam jawa
150g isi ikan kembung - direbus , dibuang tulang dan dikisar
daun kesom secukupnya
gula, garam dan bahan perasa secukupnya

bahan kisar
2 batang serai
10g lengkuas
10g bawang putih
30g bawang merah

Bahan Sampingan
Timun
Taugeh
Telur rebus
Bawang besar
Limau/Lemon
Sambal Belacan
atau apa2 yg difikirkan sesuai


CARA CARA

1. Panaskan minyak didalam periuk dan masukkan bahan kisar dan lada kisar. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan kerisik dan serbuk kari. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan air, santan , isi ikan (kat jepun ABM guna ikan saba さば), asam gelugor dan daun kesom. Gaul rata dan biarkan 10 minit atau sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan bahan perasa secukupnya. Gaul sebati dan biar pekat sedikit. Gunakan api kecil. Kepekatan kuah ikut citarasa. ABM suka kuah agak pekat sedikit. Jika suka yg berair sikit, boleh tambah air lagi jika kuah agak pekat bagi anda. 
5. Bila dah ok, matikan api dan siap dihidang. Boleh dimakan bersama spaghetti dan bahan sampingan.

ENJOY!

4 comments:

daffodilbiru said...

Salam, abm (: hee nk tmpg tnye, sy ni bdk bru nk blaja mmsk, abm sukat gram gram sume pki pennimbang ke agak2?

A.B.M said...

wsalam.
Untuk resepi ni, ABM main agak2 je (ABM tulis in gram sebab resepi yg ABM rujuk dalam gram. Malas nak tukar haha).
Tapi kalau utk resepi kek or dessert, mmg ABM guna penimbang.

azira aziz said...

Salam...

Ade ek bunga kantan kat jepun?? Tak penah junpe le plak lg kat supaa area nagoya nih huhu

A.B.M said...

kat yamagata ni mmg ade.
tp saiz kecil la. :)