Resepi 254 : Millie Crepe with Vanilla Cream Custard - Kek Lempeng Matsaleh mungkin?

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ade postkan satu teaser
kat fanpage fb ABM.
So, harini ABM nk kongsikan resepi
kek yg ABM buat.


Millie Crepe bermaksud "a thousand crepe".
Popular di negara perancis.
Kek yg sangat simple.
Jika anda taknak buat base sponge cake
pada kek ni,
100% tanpa menggunakan oven.
So, sesape yg tak ade oven kat rumah pon boleh buat.


Resepi ABM rujuk dari blog Pn Azlita.
Memang dah lama teringin nak buat,
Tapi nampak macam rumit,
ABM tangguhkan dulu.
Tapi, bila dah buat, takdelah susah mana.
Filling pada crepe boleh letak apa2 cream yg digemari.
ABM still buat vanilla cream custard,
Tapi ABM tak rujuk 100% pada resepi Pn Azlita.
Maklumlah, mls nk gunakan telur yg banyak,
ABM pon gunalah tepung custard yg ada.
So, custard ABM ni egg free lah kiranya.
So sesape yg nak try tu,
boleh la rujuk resepi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(ABM buat saiz 18cm)

Crepe
20g tepung jagung
80g gula kastor
500ml susu segar / susu cair
30g butter - dicairkan
4 biji kuning telur
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Kek Span (Optional)
A
4 biji kuning telur
20g gula kastor

B
4 biji putih telur
100g gula kastor
95g tepung gandum
15g susu tepung
70g butter - dicairkan

Vanilla Cream Custard (Eggs Free)
500ml susu segar
3 1/2 sudu besar tepung kastard
85g gula kastor (ABM guna 100g)
2 sudu besar butter 
secubit garam
1 sudu kecil esen vanilla
200-250ml whipping cream

Vanilla Cream Custard (with Eggs)
450ml susu segar
2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu besar tepung jagung
85g gula kastor
4 biji kuning telur
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla 
secubit garam
200ml whipping cream

p/s : Untuk Vanilla Cream Custard, boleh guna Eggless or with Egg. Buat salah satu sahaja.



CARA CARA

Crepe
1. Sediakan plastik secukupnya untuk melapik crepe nanti.
2. Dalam satu bekas, masukkan tepung naik sendiri, tepung jagung dan garam. Gaul rata. Masukkan separuh daripada susu segar kedalam tepung tadi. Gaul sebati sehingga tidak berketul.
3. Didalam mangkuk lain, satukan kuning telur, gula dan lebihan susu segar. Kacau rata sehingga sebati.
4. Tuang adunan kuning telur kedalam adunan tepung tadi, Kacau sebati. Pada stage ni, ABM tambah sedikit lagi tepung naik sendiri sbb ABM rasa adunan ABM buat macam still pada peringkat "air". Adunan mesti pekat sedikit. Tp jgn terlalu pekat pula ya. Kalau terlalu pekat nanti crepe tebal pulak.
5. Tambah butter yg dicairkan dan vanilla. Kacau rata.
6. Tapis adunan untuk mendapatkan adunan yg smooth. Tutup bekas dengan plastik wrap dan masukkan kedalam peti ais sekurang kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
7. Sediakan kuali bulat dasar leper, oles dgn sedikit minyak. Kemudian, masukkan kurang satu senduk adunan kedalam kuali (Ikut saiz senduk juga ya).
8. Gerakkan kuali sehingga adunan berbentuk bulat. Jgn masukkan bnyk adunan, nanti crepe akan tebal. Semakin nipis crepe, makin enak dimakan. Gunakan api kecil.
9. Bila permukaan crepe dah kering, tak payah diterbalikkan, terus angkat. Lapik dengan plastik untuk mengelakkan daripada crepe mengering. Buat sehingga habis dan lapik dengan plastik setiap lapisan ya. Biar sejuk disuhu bilik sebelum masukkan filling.

Kek Span (Optional)
1. Panaskan oven 170c.
2. Sediakan loyang 8 inci (kalau nk buat saiz 18cm, gunalah loyang 18cm ya) dan masukkan kertas minyak.
3. Pukul bahan A sehingga kembang dan pucat. 
4. Didalam mangkuk lain, pukul putih telur sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit sehingga kental (hard peak). 
5. Masukkan putih telur kedalam adunan bahan A tadi. Kaup balik sebati.
6. Ayakkan tepung dan susu tepung, Kaup balik adunan sebati. Kemudian, masukkan butter yg dicairkan dan kaup balik sebati.
7. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 20 minit. (Jika 18cm, lebih kurang 30 minit camtu. Bergantung pada oven). 
8. Bila dan masak, sejukkan atas redai. Belah kek kepada dua lapisan.Untuk crepe ni, gunakan satu lapisan je. Kalau dasar tinggi sangat tak cantik pula kan.



Vanilla Cream Custard (Eggs Free)
1. Didalam periuk, masukkan susu segar, tepung custard, gula dan garam. Pukul sebati.
2. Letak periuk atas api, gunakan api sederhana, kacau adunan.
3. Masukkan butter dan kacau sehingga adunan pekat dan terdapat letupan di permukaan custard.
4. Tutup api. Kemudian, tapis custard untuk mendapatkan custard yg licin.
5. Masukkan esen vanilla dan kacau sebati. Cover permukaan custard dgn plastic wrap. Pastikan plastic wrap mencecah permukaan custard. Boleh simpan dalam peti ais untuk disejukkannya.
6. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan custard yg dh sejuk tadi dan kaup balik sebati. Sedia untuk digunakan.

Vanilla Cream Custard (with Eggs)
1. Masukkan susu segar kedalam periuk dan masak sehingga mendidih.
2. Tutup api, masukkan tepung jagung dan tepung gandum dengan segera dan kacau sehingga licin.
3. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Kemudian, tambahkan kuning telur. Kacau sebati.
4. Letakkan diatas dapur semua dan gunakan api sederhana, masak sehingga adunan memekat. Jika terdapat gelembung2 udara pecah dipermukaan, tutup api.
5. Tambahkan butterm, garam, dan esen vanilla. Kacau sebati. Tapis adunan untuk dapatkan adunan yg licin.
6. Wrapkan dengan plastic sehingga mencecah ke permukaan custad dan biarkan sejuk sebelum memasukkan whipping cream.
7. Pukul whipping cream sehingga kental. Masukkan sedikit demi sedikit adunan kedalam custard. Kaup balik sehingga habis. Cream sedia untuk digunakan.

Penyediaan
1. Ambil kek yg dipotong tadi dan sapukan dengan air yg dicampur gula sedikit. Tujuannya untuk melembabkan kek tersebut.
2. Sapukan cream keatasnya dan lapik dengan lapisan crepe. Buat sehingga habis. Cream jgn terlalu tebal pula ya.
3. Cover kek dengan plastik wrap (cover longgar je), dan masukkan kedalam peti ais untuk cream lebih mengeras sebelum dipotong. ABM biarkan semalaman. Jika anda tak cover dgn plastic wrap, crepe akan mengering. So, nanti crepe anda tak cantik lah. Bila dah siap semua, boleh la deco ikut citarasa masing2.

ENJOY!



Comments

faa.rosli said…
pergh pergh pergh!! faa pon da amek resepi, tapi amek je la..nak start tu tak ade perasaan lagi..hehe..

btw nampak gojess sangat..
A.B.M said…
Faa kene buat. seriously sedappp.
:)
Salmi Khairil said…
sedapnya tengok strawbery dengan coklat tu..meletopp
A.B.M said…
[salmi]
tulah. sedap makan dgn coklat. :)
Aduh ABM, banyak rumit kena alas plastic satiap lapis.... Ni masa cuti panjang je boleh buat.... Mesti sedap ni... Mummy tag dulu recipe ye nanti Ada masa nak buat....
Unknown said…
Asalamualaikum Kakk , Saya Baru nak belajar pasal crepe ni.. macam mana nak tahu adunan crepe tu pekat ke x ye? i mean x cair sangat tak padat sangat ? and lagi satu nak tanya .. minimum dia punya crepe tu berapa ? 25 - 30 ? ke ? ke lebihh? konfius laa. sayaa :) So memang xpayah pakai crepe stick tu la ye? kalau tkada kan kak ita ?
Unknown said…
klau xgna whipping cream utk krim tuu bleyh x ?
Unknown said…
klau xgna whipping cream utk krim tuu bleyh x ?

Popular Posts