Saturday, June 8, 2013

Resepi 253 : Pasembor - Enak dan Mudah

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam ABM ade buat pasembor.
Sedap sangat.
ABM tak pernah makan pasembor sebelum ni.
Cuma ABM penah makan Rojak Asma.
Tak tahu lah kalau pasembor ni
same or lain dgn rojak asma tu.
Kalau ikut tekak ABM ni lebih kurang je kot.


Sedang ABM belek2 blog che mat,
terjumpe lah menu ni.
Nampak rumit seban mcam banyak bahan.
Tapi bila teliti cara masaknya camne,
takdelah serumit yg difikirkan.
Yang penting tekak ni dah terliur tgk gamba kat blog che mat tu.
Teringin rasanya nak cuba.
So, semalam jugaklah beli barang2 yg mane tak ade.
Sesuai lah nak makan bersama family tu.
Sesape yg nak try tu,
boleh lah cuba menu di bawah ni,
Menu kat bawah ni agak banyak sebenarnya.
ABm anggarkan dalam 4 orang cmtu.


BAHAN BAHAN
(4-5 orang)

Kuah
200g ubi kentang - direbus dan dilecek
300g keledek - direbus dan dilecek
150g-200g kacang tanah  - disangai ,buang kulit ,dikisar)
70g bawang besar (1 biji saiz sederhana) - dikisar
20g bawang putih (dalam 5 ulas) - dikisar
3 sudu besar cili kisar - boleh tambah
50g gula merah _ ABM guna gula melaka
60ml air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Cucur Udang
200g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
260ml air rebusan kepala udang
garam secukup rasa
udang secukupnya
minyak untuk menggoreng

Bahan lain
Timun secukupnya
Taugeh yg dicelur secukupnya
Sengkuang secukupnya (ABM ganti lobak)
Telur rebus secukupnya
Tauhu goreng secukupnya
Kentang yg digoreng secukupnya
*boleh juga nak tambah apa2 yg difikirkan sesuai*


CARA CARA

Kuah
1. Panaskan minyak dan masukkan bahan kisar sehingga wangi. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Tuang air dan masukkan bahan yg dilecek tadi, gula melaka, jus asam jawa dan kacang tanah. Tambah garam secukup rasa dan gula. Masak dgn api perlahan sehingga kuah pekat sedikit. Matikan api.

Cucur udang.
1. Campur semua bahan kecuali udang dan minyak. Gaul sebati.
2. Sediakan minyak untuk menggoreng. Gunakan sudip leper, rendam dalam minyak seketika. Kemudian,  letak adunan tepung diatasnya dan letak udang diatasnya.
3. Masukkan kedalam minyak. Bila dah menggelembung, tanggalkan daripada sudip. Buat sehingga habis. Gunakan api sederhana je ye. Kalau guna api kuat nnt takut luar hangit tp dalam mentah.

Penyediaan
1. Bolehlah dihidang bersama kuah, cucur udang yg dipotong kecil dan bahan2 lain.

ENJOY! 

1 comment:

faa.rosli said...

memang nampak sedap..