Tuesday, June 4, 2013

Resepi 251 : Orange and Chocolate Mousse Trifle - Simple but Great

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ini ABM post resepi
dessert yg sememangnya sgt ohsem!
Combinasi coklat dan oren
tersangatlah tepat.
Bila dah terasa dalam tekak,
memang terangkat.
Tak percaya? Kenalah cuba.


Sebenarnya ABM nak cuba buat
resepi tanpa rujuk mana2 buku ataupon blog masakan.
Nak uji lah kemahiran buat dessert gitu.
Alhamdulillah menjadi.
Cumanya ABM tersilap langkah.
ABM ade tabur cornflakes kat tgh2 mousse tu.
Bila dah siap, cornflakes tu lembik.
So, tak crunchy dah.
ABM boleh terlupa pulak hal tu.
Ingtkan nak abiskan je stok cornflakes yg berbaki haritu.
Tp, boleh tukar dengan kacang yg ditumbuk kasar.
Barulah best kan.
Makan dessert ade unsur2 crunchy sikit.
Okeylah, Sape nak cuba boleh rujuk resepi kat bawah.
Simple sgt bahan nye tapi mewah rasanya.


BAHAN BAHAN
(15 cawan - bergantung pada saiz)

Chocolate Mousse
250g coklat bar - Ikut suka nak guna dark or milk
300ml whipping cream
40ml susu segar
1 3/4 sudu besar gelatin
20g gula kastor

Orange Mousse
1 biji parutan kulit oren.
1 biji jus oren - lebih kurang 60ml
300ml whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin
55g gula kastor

Bahan Lain
1 biji sponge cake - dipotong dadu kecil (bole beli or buat)
kacang yg ditumbuk secukupnya - boleh guna apa2 jenis kacang


CARA CARA

Chocolate Mousse
1. Satukan susu segar dan gelatin. Gunakan kaedah double boil dan kacau sehingga gelatin cair. Ketepikan.
2. Dengan menggunakan kaedah double boil juga, masukkan coklat bar kedalam mangkuk. Kacau sehingga coklat cair. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream dan gula sehingga kental (hard peak).
4. Ambil 1/3 daripada adunan whipping cream, masukkan kedalam adunan coklat. Kuap balik sebati. Buat sehingga selesai. Kemudian, masukkan campuran gelatin tersebut dan kaup balik rata. Sementara buat orange mousse, masukkan sekejap dalam fridge.

Orange Mousse.
1. Satukan jus oren dan gelatin kedalam mangkuk. Gunakan kaedah double boil dan kacau sehingga gelatin larut. Biarkan sejuk seketika.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan whipping cream, parutan kulit oren dan gula. Pukul sehingga kental.
3. Masukkan campuran gelatin tadi kedalam whipping cream dan kaup balik sebati.

Penyediaan
1. Sediakan cawan yg sesuai.
2. Untuk base, masukkan sedikit sponge cake. Kemudian, masukkan chocolate mousse kedalamnya.
3. Kemudian, taburkan kacang diatasnya. Sambung kembali diatasnya dengan paipkan orange mousse. Buat sehingga habis.
4. Sejukkan lebih kurang 4 jam atau semalaman sebelum dihidang. 

ENJOY!


3 comments:

faa.rosli said...

Hebat laa abm..leh bukak kedai dessert...

A.B.M said...

haha. tq faa. insyaAllah. tu impian ABM tu. :D

Anonymous said...

sukatan ni utk berapa org yer..