Sunday, June 2, 2013

Resepi 250 : Makaroni Keju [ Mac & Cheese ] - Creamy and Delicious

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM masak menu western
untuk makan tengah hari.
Actually sgt tak ade idea nak masak ape.
Tapi 2 hari lepas ABM ade beli macaroni.
Cheddar cheese pulak lama
tak disentuh kat dalam peti ais.
So, terpacul idea nak buat
Mac and Cheese ni.


Resepi ABM google je.
Singgah la kat blog MamaNur.
Thanks ye for the recipe.
Resepi tu pon ABM separuhkan.
Sebab nak buat sikit je kan.
Tapi actually bnyk jugak lah kot.
Boleh buat makan utk 3-4 orang sekali makan.
Jom tengok resepi kat bawah ni
kalau nak buat menu ni.


BAHAN BAHAN
(loyang 18cm)

bahan makaroni
1 1/2 cawan macaroni
sedikit garam
sedikit minyak zaitun
2 sudu besar mentega

bahan sos putih
2 biji telur
200-300ml susu segar
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
\sedikit serbuk bawang putih
1/2 sudu kecil dry basil - (ABM tambah)

bahan ayam
1 keping dada ayam - cincang kecil
2 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 biji bawang besar - cincang halus
garam secukup rasa

cheese
keju cheddar secukupnya - lebih kurang 250g


CARA CARA

1. Rebuskan makaroni didalam air panas berisi garam dan minyak zaitun. Rebus sehingga makaroni masak. Toskan dan masukkan kedalam mangkuk berisi mentega dan gaul sebati. Ketepikan.
2. Untuk sos putih, masukkan kesemua bahan2 kedalam mangkuk dan ketepikan.
3. Untuk ayam, masukkan sedikit minyak zaitun kedalam kuali. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum. Masukkan ayam dan tumis sehingga masak. Masukkan garam secukup rasa dan gaul sebati. Bila dah okey, ketepikan.
4. Untuk penyediaan, panaskan oven 190℃. Gaulkan Macaron, ayam dan 3/4 keju sehingga rata. Masukkan kedalam loyang. Tuang pula sos putih kedalam loyang. Kemudian, taburkan keju diatasnya. Boleh juga nak tabur lada hitam sikit atasnya.
5. Bakar selama 25-30 minit. Bila dah masak, biarkan 5-10 minit sebelum dipotong (ABM sangat tak sabar, belum sampai 5 minit ABM dah potong. Sbb tu nampak cair. Tapi rasa tetap mabeles!). Boleh ditabur chili flakes diatanya sebagai hiasan.

ENJOY!

5 comments:

faa.rosli said...

berkrriuukkk perot tengok ni...lapau...

ierah_myra said...

boleh tgk gmbr cheddar cheese x? sy kat jepun gak.. xtau yg mana bleh makan

A.B.M said...

Barang2 yg Halal dijapan boleh dirujuk melalui Fb ini https://www.facebook.com/pages/Halal-Japan/503821533010825 . Diharap membantu lah. :)

Shalieza Ismail said...

bakar meaning bakar dalam oven ??
kalau xde oven kat rumah, macam mana?

Nisha said...

fuhhh....resepi ni penyelamat saya. dinner mlm ni mkn ni lah senang. terima kasih