Thursday, May 30, 2013

Resepi 249 : Biskut Cornlakes Almond - Keinginan diwaktu Exam

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat biskut,
Dah lama rasenye tak buat biskut.
Tgh2 exam ni lah teringin nak mengunyah 
time nak study nnt kan.
So, ABM pon usha2 la blog resepi.
Tup2 ternampak resepi yg menarik dari bloh
Sedap biskut ni.
Bila tgh buat tu,
rasa macam nak raya pon ade.
hihi


Nama biskut yg ABm rujuk ni
sebnarnya almond triangle.
Tapi ABM xde pencetak bentuk segi tiga.
Yang ade pon bentuk bear.
Malas nak selongkar sana sini.
Ambik jelah pencetak mana yg nampak dulu.
Tapi, takkan la nak taruk nama bear almond pulak kan.
Tak sedap pulak nama tu,
so, bagi jelah nama yg biasa.
Yg ABm suka dengan biskut ni sbb digunakan Cornlakes.
ABm mmg suka lau dessert yg ade letak cornflakes
kat dalamnye.
Okeylah, sesape yg kebosanan and nak try tu,
boleh rujuk resepi kat bawah.
Tapi resepi kat bawah ni ABM dah alter2 sikit.
Dapat banyak juga tau guna resepi bawah ni.


BAHAN BAHAN

240g mentega
170g gula perang (atau 110g gula kastor)
120g tepung jagung
240g tepung gandum (ABM ade tambah beberapa sudu lg)
120g cornflakes - dikisar kasar
50g serbuk almond
1 sudu kecil esen vanilla

bahan lain
sedikit coklat hitam dan putih - untuk hiasan


CARA CARA

1. Masukkan mentega dan gula kedalam mangkuk dan pukul sebati. Kemudian, masukkan esen vanilla dan gaul rata.
2. Masukkan cornflakes, almond, tepung jagung, tepung gandum kedalam mangkuk. Gaul rata hingga menjadi doh. Jika agak lembik lagi adunan, tambahkan tepung gandum sehingga menjadi doh ya. Rehatkan doh 10 minit.
3. Canai lebih kurang 1cm dan terapkan guna bentuk yg digemari. Bakar didalam oven yg telah dipanaskan 160℃ selama 20 minit (bergantung pada oven ya). Bila dah siap, biarkan sejuk dahulu sebelum letak coklat diatasnya.
4. Bila dah letak coklat, biarkan coklat mengeras dulu sebelum diletakkan didalam bekas kedap udara.

ENJOY!

1 comment:

faa.rosli said...

oke boleh masuk list resepi biskut raya ni..tak sabar plak nak puasa n raya..hehehe