Wednesday, May 29, 2013

Resepi 248 : Ayam Kuzi - Citarasa Che Mat Dikongsi Bersama

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah hari ni dah abis 
satu paper exam.
Hari jumaat ni pulak bakal menyusul.
ABM mmg xde mood lagi nak buat dessert
or something sweet.
So, menu hari ni ABM buat menu
Ayam masak Kuzi.


ABM rujuk resepi dari blog Che Mat.
Che Mat buat Kuzi Kambing.
Tapi ABM derhaka sikit.
ABM buat Ayam pulak.
Kuzi ni berasal dari kelantan.
ABM pon first time buat menu ni.
Memang tak pernah makan.
So, ABM pon main makan jelah ngn nasi.
Tapi kata akak kat sini yg asal dari kelantan ckp,
biasanya kuzi ni tak makan dengan nasi.
but, dimakan bersama roti jala ataupon roti kosong.
Menurut kata che mat pulak,
kalau nk rasa kuzi tu,
better gunalah rempah kuzi.
Resepi che mat ni resepi alternatif
kalau tak ada rempah kuzi kat rumah.
Okeylah, sapa yg nak try,
boleh la rujuk resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN

bahan perap
1 ekor ayam - dipotong yg dicuci
2 sudu besar rempah kari
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia - ditumbuk halus
3 ulas bawang putih - ditumbuk halus

bahan lain
2 biji tomato - di dadu besar (ABM tak letak)
1 cawan yogurt perasa asli
1/2 sudu besar gula melaka
1/2 cawan kismis
2 biji cili merah - dibelah dua
2 biji cili hijau - dibelah dua (ABM tak letak)
1 biji bawang besar - (ABM hiris)
1 cawan sos tomato
air secukupnya
garam secukup rasa

bahan kisar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering - dibuang biji dan direndam air panas


CARA CARA

1. Perapkan ayam dengan bahan perap selama 1 jam.
2. Bila ayam sudah diperap, didalam periuk masukkan minyak. Bila dah panas, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato dan kacau sebati. Kemudian, masukkan ayam dan gaul sekata. Biarkan ayam kecut sedikit dan masukkan air dan kismis. Biarkan sehingga mendidih. Air jgn bnyk sgt ye.
4. Masukkan tomato, yogurt dan gula melaka. Gaul rata. Masukkan hirisan bawang besar, cili kedalam periuk dan kacau rata. Kacau dan masak sehingga pekat. 
5. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Bila dah ok, matikan api dan siap dihidang.

ENJOY!

5 comments:

Mat Gebu said...

Ohhsemmm picture. ABM.... (^___^)

A.B.M said...

tq che mat! ^_^

Anonymous said...

Salam... saya rasa akak kelantan tu bukan pure kelantan. Di kelantan mmg kuzi dimkn dgn nasi, esp nasi minyak or beriani esp ms kenduri kawin org2 kota bharu. Selain tu blh dimkn dgn roti, roti jala... just like curry la.. anyway, resipi asal kuzi kelantan lain... guna minyak sapi.. susu cair, bwg goreng yg ditumbuk jd mcm kerisek.. dan rempahnya adalah rempah kuzi sendiri.. juga dimasukkan badam yg digoreng, hati yg digoreng... tu antara bahan2 nya...

Anonymous said...

Salam... saya rasa akak kelantan tu bukan pure kelantan. Di kelantan mmg kuzi dimkn dgn nasi, esp nasi minyak or beriani esp ms kenduri kawin org2 kota bharu. Selain tu blh dimkn dgn roti, roti jala... just like curry la.. anyway, resipi asal kuzi kelantan lain... guna minyak sapi.. susu cair, bwg goreng yg ditumbuk jd mcm kerisek.. dan rempahnya adalah rempah kuzi sendiri.. juga dimasukkan badam yg digoreng, hati yg digoreng... tu antara bahan2 nya...

blackmeister said...

olahan yg nice....