Tuesday, May 28, 2013

Resepi 247 : Kuih Lopes - Jauh Dimata, Semakin Terasa

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari Ahad yang lepas,
ABm dan beberapa rakan ABM kat sini
ber'gotong-royong' menyiapkan menu kuih lapis ni.
ABM rasa ni adalah menu pertama
ABM post bukan dari dapur rumah ABM.
ABM buat menu kat kat rumah rakan ABM kat sini.
Buat ramai2 ni memang best.
Rasa seronok je.


Menu ni ABM rujuk dari blog Dapurku Sayang.
Thanks ye for the recipe.
Btw, esok ABM akan menduduki mid sem exam.
Kemungkinan minggu ni dan minggu hadapan ABM akan
jarang lah mengupdate.
Sbb ke'busy'an melanda.
Doakan ABM ya mudah2an dapat menjawab exam
dengan tenang hendakNya. Aminn.
Okeylah, sesiapa yg nak try tu,
boleh la rujuk resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN
(saiz sederhana 20-25 ketul)

kuih lopes
2 cawan beras pulut
2 cawan santan cair
1/2 cawan air pandan (ABM ganti santan lagi)
1 sudu kecil air kapur (ABM tak letak)
1/2 sudu kecil garam
beberapa titik pewarna hijau .
beberapa titik perasa pandan (jika dh letak air pandan, x pyh mskkan)
kelapa parut digaul dengan garam - untuk disalut

air gula
3 ketul gula melaka - saiz kecil
5 sudu besar gula
3 cawan air
1 helai daun pandan - tak letak pon xpe


CARA CARA

kuih lopes
1. Cuci beras pulut dan rendamkan didalam air yg dicampur dengan garam, pewarna hijau, perasa pandan dan air kapur. Biarkan 3 jam (ABM biarkan 2jam je). 
2. Sediakan air kukusan. Masukkan beras pulut kedalam loyang. Kukus sehingga 20 minit. Selepas itu, masukkan air pandan dan santan cair. Gaul rata dan kukus sehingga 30 minit atau sehingga beras pulut masak. Gunakan api kuat semasa mengukus.
3. Jika nak buat bentuk 3 segi, alaskan dengan plastik wrap, ambil beras pulut tadi dan leperkan bentuk segi empat yg besar. Leperkan sehingga mampat. Biarkan sejuk sepenuhnya sebelum dipotong. Cara potong pula, mula2 potong memanjang, kemudian, potong menyerong untuk mendapatkan bentuk segi tiga.
4. Jika nak buat bentuk bulat, ambil daun pisang atau plastik wrap, masukkan pulut kedalamnya. Kemudian, mampatkan dan bentukkan pulut seperti lemang/silinder. Ikat di kedua-dua hujungnya. Biarkan sejuk dan potong. Anda akan dapat bentuk bulat.
5. Lopes yg dah siap dipotong disalut dengan kelapa parut yg dicampur dengan sedikit garam.

air gula
1. Masukkan kesemua bahan dan biarkan mendidih. Jika dan agak pekat, matikan api. (yg versi ABM dan rakan2 ABM ni, air gulanya cair sedikit). Air gula juga bergantung pada saiz gula melaka yg digunakan. Jika guna yang besar, boleh kurangkan gula melaka ya.

kerjasama kredit kepada :
Pejoe
Amri
Ammar

ENJOY!

6 comments:

syapex said...

kuih wajib masa bulan posa ni....
nti boleh la bt utk juadah bbuka masa buln ramadhan...

gud luck...
: )

A.B.M said...

memang pon. menu wajibbb!. hihi

tq :)

Iman Wildan said...

exam elok2 ABM!

A.B.M said...

[iman]
insyaAllah. :)

Mysara said...

Seb baik jumpa resepi dr abm, simple n easy.. Sensei nk try arini inysaAllah :)

A.B.M said...

tulah. mudah ja kan sensei, :)