Thursday, May 23, 2013

Resepi 246 : Hokkaido Chiffon Cupcakes with Cream Custard - step by step

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat Hokkaido Chiffon Cupcake.
ABM buat ni atas permintaan salah seorang
daripada pembaca blog ni.
ABM dah pernah buat resepi ni sebelum ni.
Tapi peng'request' menu ni
minta tolong ABM tunjukkan cara2 step by step.
So, ABM pon ade kerajinan hari ni.
So, ABM tunjuk lah step by step.


Resepi ABM rujuk dari blog Sweet Vanilla.
Thanks ye for the recipe.
Tapi ABM buat kesilapan agak besar jugak.
Sebabnya ABM TERguna cup yang nipis.
So, bila kita letakkan batter dalam cup tu,
cup jadi lembik sikit.
Sebab tu lah rupa cupcake ni tak cantik.
berkedut sana sini.
ABM sarankan supaya sesiapa yg nak buat cupcake ni,
Gunakan cup yg kertas tebal.
Lebih elok yg berbentuk segi empat.
So, sesape yang nak cuba resepi ni,
boleh la rujuk seperti di bawah.


BAHAN BAHAN
(10-12 cawan - bergantung pada saiz)

CHIFFON CUPCAKE
bahan A
4 biji kuning telur - dibuang tali pusat
30g gula kastor
40ml susu segar
40ml minyak jagung (ABM guna minyak sayuran)
2 sudu kecil esen vanilla

bahan B
55g tepung superfine / tepung gandum
20g tepung custard
1 sudu kecil baking powder

bahan C
80g gula kastor
4 biji putih telur
secubit garam

CUSTARD CREAM
1 sudu tepung gandum
1 sudu tepung custard
1 biji telur
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 sudu kecil vanilla esen
1 sudu besar mentega


CARA CARA



CHIFFON CUPCAKE
1-2. Masukkan telur dan gula. Pukul sehingga pucat.
3. Masukkan minyak, susu segar, dan vanilla esen kedalam adunan. Kacau rata.
4-5. Ayakkan bahan B dan masukkan kedalam adunan. Kacau seketika (kacau lembut2 je. tak payah pukul beria).
6. Didalam mangkuk lain, masukkan putih telur.
7-8. Pukul sehingga berbuih. Kemudian, masukkan campuran gula dan sedikit garam sedikit demi sedikit kedalam putih telur sambil memukul.
9. Pukul sehingga soft peak dan kental tapi still tak bertanduk sangat putih telurnya.
10-11. Masukkan 1/3 daripada adunan dan kaup balik adunan. BUat sehingga habis.
12. Masukkan kedalam cup sehingga 3/4 penuh. Bakar didalam oven dengan suhu 170c selama 15-20 minit. Bila dah siap, biarkan sejuk seketika sebelum masukkan custard kedalamnya.



CREAM CUSTARD
1. Masukkan tepung gandum, tepung custard dan gula kedalam periuk. KAcau rata.
2-3. Masukkan susu kedalam periuk sedikit sahaja dahulu. Sambil kacau adunan didalam periuk tersebut. Jangan sampai berketul.
4. Masukkan esen vanilla kedalam adunan dan kacau rata
5. Masukkan keseluruhan susu dan kacau rata.
6-7. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan pula mentega dan kacau rata.
8. Masak sehingga custard pekat berkilat. Matikan api. Semasa memasak pastikan sentiasa kacau.
9. Masukkan didalam mangkuk lain. Lapik dengan plastik wrap utk mengelakkan daripada lapisan atas mengeras.

penyediaan.
1. Masukkan custard kedalam piping bag.
2. Ambil cupcake tadi dan cucuk muncung piping bag kedalam cupcake. Picitkan sedikit custard untk diisi didalam cupcake.
3. Boleh juga nak picitkan dibahagian atas cupcake.

ENJOY!


13 comments:

sabar dubai said...

Perghh abm klah chef wan plas ni .tauu hhah

A.B.M said...

wah, hebat sgt tu kak. xde lah smpai terlawan chef wan tu. hihihi

~hemo hemo~ said...

yeay! abm da fulfill my request..tq so much abm! pasni bole try wat..sori la ye klo nyusahkn abm je..gpon chiffon cake ni npak cam tricky ckit an,tu ar request skali gan tutorial step by step ;)

A.B.M said...

[hemohemo]
most welcome. :)
nanti lau ade masa buatlah ye. :)

Anonymous said...

Sy dh try wt hokkaido cake nie.mmg sdp sgt.sy wt inti cream kastard n cklat gns.mmg sedap..trima ksh

A.B.M said...

[anon]
Thanks sbb mencuba. :)
boleh la try resepi2 yg lain pula. ^^

Anonymous said...

Nape klik kt kuih lopes kluar resepi hokkaido cake?

A.B.M said...

opss.. sori. ok dah betulkan. :)
tq bgtau.

Anonymous said...

Custard cream tok cream dalam chiffon kan? Tapi kenapa warnanye kuning bukn putih.

A.B.M said...

sbb custard cream guna tepung custard. So, effect dari tepung custard akan jadikn aduna warna kuning. Kalau warna putih tu mgkin anda maksudkan whipped cream. :) tapi utk resepi ni menggunakan tepung custard utk dijadukan cream didalamnya. sbb tu warna kuning.

Anonymous said...

Api guna atas bawah ke

vitamin-anda said...

Salam..nak tanyalah..kenape ye bila saya bakar hokaido ni bila dah masak dia ade kek yang padat kat bawah..atas elok aje gebunya..selalu sgt jadi macam tu..

Anonymous said...

Ltk di tgh tgh rak ke atau ltk rak pling bwh lam oven mase bkr tu ? Guna api ats bwh ke mcm.na ?