Resepi 245 : Mee Hoon Sup - Menggamit Kenangan di Desa Permai

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM masak mee hoon sup
utk menu makan tengah hari dan malam.
Beberapa minggu lepas,
parcel dari Malaysia dah sampai.
Dekat dalam tu ade macam2 gak la yg ABm bungkus.
Termasuklah Mee Hoon ni.
Sebenarnya ade je jual Mee Hoon kat sini.
Tapi harganya agak mahal sikit,
Alang2 dah bawak bahan kering dari Malaysia tu,
Bungkus la sekali mee ni.


Untuk Resepi ABM rujuk dari blog Che Mat.
Bila ABM baca bahan2 nye semua ABM ade stok.
Kecuali daun sup lah ABM tak letak.
Tapi tak jejaskan rasanya pon.
Tetap sedapp!!
Memang sup che mat ni terbaiklah!
After this kalau ABM nak buat sup,
ABM akan rujuk resepi che mat ni.
Cumanya resepi che mat utk guna seekor ayam.
Agak banyak jugak.
Tapi ABM cuma kurangkan ayam je.
Yang lain2 tu ABM rujuk resepi che mat.
Dan ABM ade tambah lobak kat dalam sup ni.
ABM malas nk alter resepi.
So, sesape nk masak sikit tu pepandai lah ye alter sendiri.


BAHAN BAHAN

SUP AYAM
1 ekor ayam - dipotong dan dicuci
4-5 biji kentang - dikupas dan dipotong
2 batang lobak - dihiris
1 sudu besar bawang goreng
1 pokok daun sup - ABM tak letak
1 kiub pati ayam
Air secukupnya - lebih kurang 1.5L

bahan kisar halus
1 biji bawang besar
2 1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup @ 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu besar lada hitam biji
1 1/2 sudu besar ketumbar biji
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan halus

bahan tumis (rempah)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

bahan lain
Mee Hoon secukupnya - dicelur dan toskan
Tauhu goreng secukupnya
Hirisan daun sup/bawang - untuk hiasan
Bawang goreng secukupnya - untuk hiasan
 sambal kicap secukupnya - jika suka lah
ayam goreng yang disiat secukupnya - untuk hiasan



CARA CARA

1. Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan bahan tumis kedalam periuk sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bahan kisar halus dan tumis sehingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam, kentang dan lobak. Gaul rata. Masakkan sehingga ayam kecut sedikit.
3. Masukkan air secukupnya dan masak sehingga mendidih menggunakan api kuat. Masukkan bawang goreng dan daun sup kedalamnya dan gaul rata. Perlahankan api dan renehkan.
4. Tambahkan kiub ayam dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga kentang empuk. Jika dah ok, matikan api. 
5. Siap utk dihidang bersama mee dan bahan2 tambahan yang lain.

ENJOY!

Comments

Sue @ Nenie said…
Salam ziarah..Wahhhh edap plak bila tengok mee hoon ni dimasukkan ke dalam claypot macam ni
A.B.M said…
[sue]
mmg segar kat tekak ni bila pekena mee hoon sup. :)
Kak Rose said…
Salam kenal ABM, tq for dropping by kat dapur kak rose...

sangat adore guy yang rajin masak cam ni..presentation pun class gitu. keep up the good job.
A.B.M said…
Salam Kenal kak ros.
Adore ngn blog akak jugak.
:)
Unknown said…
pot die cute... sedaaaap! saya mahu :) teringin plak nak mee hoon sup

www.mnmforlife.blogspot.com

Popular Posts