Monday, May 20, 2013

Resepi 244 : Peach and Apple Crisp - Dessert mudah Enak dirasa

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat satu dessert
yang mudah lagi simple.
Sesuai lah utk dimakan diwaktu petang
bersama family.


Menu ni ABM rujuk dari blog
Dia buat apple crisp je.
Tapi ABM memandai tambah peach kat dalam
dessert ni.
BAhan2 yg lain ade juga yg ABM tak ade.
Jadi ABM ade lah ganti dgn bahan lain.
Rasa dessert yg dah ABM olah ni boleh tahan juga.
Sedap.
Memandangkan sekarang ni belum lagi
musim peach,
jadi ABM beli jelah yg dalam tin.
Sesape yg nak try,
boleh la rujuk resepi yg dah diolah
oleh ABM sendiri.


BAHAN BAHAN
(loyang 9 inci)

Filling
2 tin peach - dipotong kasar
1 biji buah epal - dibuang kulit dan dipotong kasar
1/2 biji jus lemon
2 1/2 sudu besar tepung gandum
1 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1 sudu besar gula kastor

Topping
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan peanuts
1/2 sudu kecil baking powder
1/3 cawan light brown sugar
1 sudu kecil serbuk kayu manis
secubit garam
1/2 cawan butter - disejukkan dan dipotong kecil


CARA CARA

1. Panaskan oven 190c.

Filling
1. Satukan kesemua bahan didalam mangkuk dan gaul sebati.
2. Masukkan kedalam loyang dan ratakan. Ketepikan seketika.

Topping
1. Masukkan semua bahan kecuali butter kedalam food processor. Kisar seketika (ABM tak kisar sampai halus sbb ABM nak kacang tu still ade texture crunchy lg)
2. Masukkan butter dan kisar lagi sehingga campuran membentuk seperti crumb (ala2 serbuk kasar).
3. Taburkan diatas loyang berisi filling tadi serata yg mungkin. Bakar selama 40-45 minit atau sehingga crumble diatasnya keperangan, 
4. Sejukkan sebelum dihidang. Enak dimakan bersama vanilla icecream.

p/s : utk topping tu, jika tiada food processor, boleh je guna tangan. Tapi pastikan kacang tu hendaklah ditumbuk kasar dahulu.

ENJOY!

3 comments:

eray said...

simple dan nampak sedap..boleh cuba nie

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/05/tips-tambah-susu-ibu-10-rahsia-dibongkar.html

Anonymous said...

Emm peanuts tu sesuai guna peanuts apa ye?

Anonymous said...

mygad.u so stupid.peanut la.bruhh