Saturday, May 18, 2013

Resepi 243 : Devil's Food Chocolate Cake - Seram namanya, Enak rasanya.

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Seperti yg dijanjikan,
hari ni ABM akan update 
berkenaan kek coklat yg ABM post kat fanpage fb ABM
malam tadi.
Bila baca namanya je dah menyeramkan.
Satu ketika dulu
memang trending lah kek ni.
Kat mana2 blog masakan mesti ade.
Tapi ABM tak penah try lagi.
So harini ABM buatlah kek yg sangat
awesome mosem ni.
Lagipon hari ni Hari Jadi
one of my senior kat sini.
Happy Birthdayy!


ABM tak tahu kenapa namanye 'devil'.
Yang dapat ABM simpulkan
mungkin kek ni full of chocolate flavor.
Bila makan satu slice
memang kat mana2 je akan rasa chocolate.
That's why la kot namanye devil.
Sebab jahat sgt main lompat2 kat dalam mulut.
haha
Untuk resepi ABM rujuk dari blog
ABM buat pada loyang 20cm.
Pn azlita buat pada loyang 9inci.
So, kek ABM agak tinggi sedikit sebab guna acuan
yang agak kecil sikit.


BAHAN BAHAN
(9 inci)

kek coklat
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan cocoa powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan light brown sugar
125g mentega
2 biji telur gred A
2 sudu kecil vanilla esen
1/2 cawan buttermilk
1 cawan air suam

cream cheese frosting
125g cream cheese
60g mentega
1/2 cawan gula icing
1 sudu kecil vanilla esen
1 sudu kecil jus lemon

chocolate ganache
100ml whipping cream
250g chocolate - dicincang kecil
sedikit garam


CARA CARA

kek coklat
1. Panaskan oven 170c.
2. Ayakkan tepung, cocoa powder, garam dan soda bikarbonat. Ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, pukul mentega dan 2 jenis gula tadi sehingga kembang dan pucat. Kemudian, masukkan  telur satu persatu dan pukul sebati.
4. Masukkan bahan tepung yg diayak tadi berselang seli dengan buttermilk+air suam. Buat 3 bahagian dan pukul sehingga sebati.
5. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
6. Masukkan dalam loyang 9inci (ABM pakai 20cm je) dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan diatas redai sepenuhnya sebelum meletakkan frosting.


cream cheese frosting
1. Masukkan cream cheese dan mentega. Pukul sehingga berkrim.
2. Masukkan gula icing, esen vanilla dan jus lemon. Pukul sebati. Dah siap ketepikan dahulu.

chocolate ganache.
1. Dengan menggunakan kaedah double boiler, panaskan whipping cream. Jangan sampai mendidih pula ye.
2. Bila dah suam, masukkan chocolate dan garam kemudian gaul sehingga sebati sepenuhnya. Matikan api dan sedia untuk digunakan.

penyediaan
1. Cream cheese frosting tadi hendaklah dimasukkan kedalam piping bag (kalau xnk masukkan pon ok, sudukan je frosting kat atas kek).
2. Paipkan frosting diatas kek serata yg mungkin. Sejukkan didalam peti ais selama 20-30 minit.
3. Keluarkan kek tadi dan tuang ganache diatas kek. Masukkan didalam peti ais sehingga ganache mengeras sebelum dipotong.
4. Cara memotong hendaklah dilayurkan mata pisau diatas api atau rendam pisau didalam air panas sebelum memotong kek. Pisau hendaklah sentiasa dilap dengan kain pada setiap kali proses pemotongan kek dijalankan. Bahagian atas (yg bintik2 putih tu) ABM guna white chocolate.

ENJOY!

No comments: