Friday, May 17, 2013

Resepi 242 : Ayam masak Cencalok - Dimana jua kekal enaknya

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM update menu lauk pulak.
Sangat teruja sebenarnya nak update 
pasal menu ni.
Sebabnya ABM memang tersangat suka cencalok.
Haritu balik mesia,
ade gak bawak cencalok ni datang ke jepun.


Sebenarnya tak de idea nak masak apa.
Tapi teringat cencalok pulak.
Terus rasa nak buat menu ni.
ABM pon sesaje je search kat google.
Ingatkan tak ade menu ayam cencalok ni.
Rupanya menu ni menu Peranakan.
ABM rujuk resepi dari blog Che Mat.
Bila buat menu ni memang rumah semerbak bau cencalok!
haha. Tapi sgt menyelerakan ye.
Tak sabar nak makan pon ade.
First time ABM makan menu ni
terus jatuh cinta.
So, sesape yang teringin nak buat,
bolehlah rujuk resepi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN

6-8 ketul ayam (che mat guna boneless)
8 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1/2 cawan cencalok - toskan airnya, ambil isinya je
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi (ABM ganti 1/2 lemon) - ambil jus
2 sudu besar gula
4 biji cili (merah/hijau) - nak pedas tambah lagi
garam secukup rasa (jika perlu)
1 cawan air

bahan kisar
8 ulas bawang merah
2cm kunyit hidup (ABM ganti 1 sudu besar serbuk kunyit)
3 batang serai


CARA CARA

1. Panaskan minyak dalam kuali. Gorengkan bawang merah dan bawang putih yg dihiris sehingga keemasan. Angkat dan toskan.
2. Jika minyak yg digunakan tadi bnyk, kurangkan sehingga lebih kurang 1/2 cawan sahaja didalam kuali. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak. Guna api sederhana.
3. Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut. Gaul rata. Masukkan air asam jawa, gula dan juga air biasa. Biarkan mendidih. Kemudian, masukkan sebahagian bawang yg digoreng tadi dan juga cili kedalamnya dan gaul rata.
4. Panaskan lagi dan biarkan sehingga kuah pekat. Kemudian masukkan jus limau/lemon kedalamnya. Gaul rata. Jika kurang masin, tambah sikit garam. Jika ok, boleh matikan api. Hati2 ketika tambah garam kerana cencalok tadi sudah masin ya. Tabur juga lebihan bawang tadi. Enak dimakan bersama nasi hangat.

(walaupon terlambat sikit tetap nak ucap)
SELAMAT HARI GURU
&
ENJOY!


4 comments:

syazwani 'atiqah said...

salam ABM...
lauk nie xmasin ke??cencalok kn masin

A.B.M said...

Cencalok mmg masin kalau makan cmtu je. Tp bila dah gabungkan ngn bahan2 lain mmg sedap. :)

Mat Gebu said...

Gambar cantikkk!!...

A.B.M said...

tq che matt! :)