Resepi 241 : Bebola Roti Goreng - Mudah disedia, Enak dirasa

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Actually ABM tak de idea nak masak ape.
Memandangkan hari esok kene hantar
experiment report.
So, agak busy kebelakangan ni.
Disebabkan malas nak makan nasi mlm ni
ABM tercari jugak idea nak masak ape.
Tup2 teringat menu ni.
Cara buat tak susah. Mudah saja.
Boleh je nak guna bahan ape kat dalam bebola ni.
Asalkan ada bahan utamanya iaitu roti dan telur.
Itu sahaja.


Idea sebenarnya datang dari Kak Ami.
Haritu kami ade pergi 'strawberry picking'
dan Kak Ami bawak bekal menu ni.
Bila rasa satu ketul terus jatuh cinta.
Sempat jugalah tanya Kak Ami guna bahan apa.
Tapi harini ABM ingat2 lupa bahan2 nya.
So, ABM pon search lah kat google.
Tup2 kluar blog kak Hasue.
So, ABM pon rujuk lah resepi kat situ.
Ade jugalah penambahan sikit.
ABM tambah fishcake dan mayonis dalam ni.
Kalau nak buat makan sikit tu,
pandai2 lah alter resepi ni ye.


BAHAN BAHAN

12 keping roti (plain white bread) - potong kecil
2 biji telur - saiz besar
3 biji cili merah - dihiris
sedikit daun sup/bawang - dipotong pendek
1 biji bawang besar - kalau dah pakai daun bawang guna 1/2 je
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
1/2 kiub perasa ikan bilis - ABM guna perasa ayam
3 sudu besar mayonis - ABM tambah
2 keping fishcake - dihiris kecil (ABM tambah)
Minyak untuk menggoreng


CARA CARA

1. Masukkan roti didalam mangkuk besar dan masukkan telur kedalamnya.
2. Kemudian, masukkan kesemua bahan kecuali minyak untuk menggoreng kedalam mangkuk. Ramas2kan sehingga sebati.
3. Bulat2 kan roti sehingga siap. Jangan terlalu besar pula ye. Agak2 lah saiznya.
4. Goreng dalam minyak penuh sehingga keemasan. Toskan dan siap dihidang.

ENJOY!

Comments

~hemo hemo~ said…
Ohaiyogozaimas! tgh godek2 n blog walking terjumpa plak blog ABM ni..bez plak rase,interface blog ABM simple yet interesting la..nmpak sedap je resepi2 tu sume..nk request ABM buat hokaido chiffon cake n tutorial step by step bole? kalo x keberatan la an..
A.B.M said…
[hemo2]
ohayou. Tq drop by kat blog ABM.
ABM penah buat resepi tu tapi tak de step by step. InsyaAllah kalau ada masa ABM akan cuba buat step by step. :)
InIamIz4 said…
hai ABM..

wah! nampak macam sedap je. presentation ABM buat pun cantik sampai inia rasa nak cuba buat utk berbuka puasa nnt (puasa bulan rejab). hihi..tapi boleh je nak tukar kiub ikan bilis/ayam kpd real ikan bilis kn? TQ ABM..
ellyzack said…
ABM, roti ni nanti oily sangat tak lepas goreng? Sebab tgk ABM tulis minyak penuh. Saya cepat muak. Takut dah buat nanti, saya buang je sebab tak boleh nak masuk tekak.
A.B.M said…
Tak oily pon sbb roti dah dimampatkan. Semasa menggoreng, pastikan dalam kuali jgn overcrowded ya, nanti temperature jatuh dan oil akan diserap lebih dalam bebola.
Unknown said…
dapat dah idea utk potluck this weekend..tq
nora razalli said…
waaaa!
thanks ABM! nk try :)
oh dijah said…
Kreatif sgt...
Nampak sedap..meleleh air liok
Agak2 klu x letak telur sedap x?
Unknown said…
Salam...ABM..if all the ingredient dump dlm food processor je, will the texture change? Dah mudah nk mudah lagi...hihi..n if tukar fishcake to daging kisar pulak camne? Thanks for the resipe btw...
Kisah Pelangi said…
Assalamualaikum ABM, Salam Ramadhan dari saya. best blog ABM ni buat saya nak jengah selalu. Saya ada buat post tentang bloog ABM skit kt blog saya. harap ABM xmarah ye. hehe
ieyra rose said…
Sedapnye..alahai nk buat jgak..tpi apakan daya..kat sini x dibenarkan memasak..huhu tgok gmba je larhh..kempunan..
Unknown said…
Salam ABM , nak tnye .. Tyme msukkan roti kat mangkuk besar then bagy sebati , roti tu bole hancurke ? Sebab kita kan nak buat bulat ? Camne ea ?

Popular Posts