Tuesday, May 14, 2013

Resepi 240 : Ayam Popcorn Berempah - Sedap hingga menjilat jari

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM nak kongsi satu resepi mudah.
Memang sesuai untuk dijadikan snack
ataupon lauk sampingan.
Untuk yang dah berfamily n ada anak2 tu,
gerenti dyorng suka.
Tak tipulah. hihi


Sebenarnya ABM ade bawak tepung goreng ayam
jenama Adabi tu.
Tapi takde idea pulak nak buat apa.
Belek peti ais ada ayam boneless.
So, tercetus la idea nak buat resepi ni.
Untuk kawan2 oversea yang tak ade tepung Adabi ni,
Jangan risau, boleh je ganti dengan tepung jagung.
Untuk kawan2 yg belajar kat jepun, boleh la guna tepung "katakuri ko".
Tapi, kalau guna tepung plain ni, kenelah lebihkan sikit rempah yg digunakan.
So, pepandai la nak adjust resepi ni ye jika tak ade tepung adabi tu.
Resepi ABM rujuk dari blog kak Hasue.
Cuma ABM buat banyak sikit.
Jadi, resepi yg kat bawah ni adalah resepi
yang telah diolah. 


BAHAN BAHAN

2 1/2 keping ayam boneless - ikut suka nk bhgian peha/dada
5 sudu besar tepung goreng ayam Adabi
1 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam - ikut citarasa
1 1/2 sudu besar rempah kari - ikut citarasa
1 sudu kecil serbuk lada sulah - ikut citarasa
sedikit garam dan gula
1/2 biji bawang besar - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
3 sudu besar susu segar
1 biji telur - dipukul seketika
breadcrumbs secukupnya


CARA CARA

1. Ayam tadi hendaklah dipotong kecil (agak2 la ye saiz besar mana). Kemudian masukkan didalam mangkuk.
2. Masukkan kesemua bahan2 lain kecuali telur dan breadcrumbs. Perap selama 30 minit atau lebih.
3. Jika dah 30minit, masukkan telur yg dah dipukul tadi kedalam mangkuk berisi ayam. Gaul sebati.
4. Sediakan plastik ziplog (plastik biasa pon ok) dan masukkan sedikit breadcrumbs didalamnya. Kemudian, masukkan sedikit ayam tadi kedalam plastik tersebut. Goncang2 sehingga breadcrumbs menyeliputi ayam tersebut.
5. Goreng didalam minyak penuh sehingga perang keemasan. Ulang langkah 4 sehingga siap. 

ENJOY!


6 comments:

cikmanjapunyeblog said...

xtau alip pndai masak..fuiyoo..nnt nk berguru please..haha

A.B.M said...

haha. eh xdelah pndai mana. bole la sikit2 :) btw, sape eh? nama betul please. haha

Wan Fazlina said...

Klu x gune breadcrumbs xpe ke?

sharrizal baharum said...

mana nk dpt kan cup besi tu boss? nmpk rare..

zainab Zainabrahman said...

Try cr kt kedai Barang hiasan (mcm kedai perhiasan English ker)...rasanye Ada..

zainab Zainabrahman said...

A.B.M ...nampak senang je..sy pon tadi Ada ayam boneless... Try Cari resepi yang sesuai...terjumpa resepi u...terus try ni...
Simple n sedap!!!