Monday, May 13, 2013

Resepi 239 : Raspberry Rare-Cheesecake - Sejuk diluar, Nyaman didalam

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM post berkenaan
satu dessert yg digemari ramai!
Tak lain dan tak bukan Cheesecake lah.
Tapi kali ni ABM buat dengan cara tidak dibakar.
Malah disejukkan sahaja didalam peti ais.


ABM sebenarnya dah penah buat.
Cuma sebelum ni ABM guna Peach. <klik sini>
Kali ni ABM guna raspberry yg ABM beli frozen haritu.
Resepi asal ABM rujuk dari blog Che Mat.
Dan diubah sendiri oleh ABM sendiri.
Actually ABM nak post resepi ni semalam.
Tapi, semalam ABM pegi strawberry picking.
So, tak sempat lah nk update.
Sesape yg nak cuba resepi yg awesome mosem ni,
Jom tgk bahan2 dan cara2 kat bawah ni


BAHAN BAHAN
(18cm loyang boleh dibuka bawah/springform) 

base
40 keping (130g) biskut ritz - biskut lain pon ok
60g butter - dicairkan

cheesecake
200g creamcheese - dilembutkan
80g gula kastor - bergantung pada citarasa
1 sudu besar gelatin halal
80ml air panas@suam
200ml whipping cream


raspberry jam
1 cawan frozen raspberry
2 sudu besar gula



CARA CARA

base
1. Setelah biskut dikisar didalam food processor, masukkan butter yg dicairkan. Gaul sebati kemudian, letakkan didalam loyang 18cm (yg boleh ditanggalkan). Tekankan biskut tersebut sehingga mampat dan rata. 
2. Letakkan didalam peti ais sementara membuat cheesecake nya.

raspberry jam
1. Masukkan bahan2 kedalam periuk dan masak sehingga pekat.
2. Masukkan kedalam blender dan kisar sehingga hancur. Disebabkan raspberry banyak biji, adunan jem hendaklah ditapis sebelum digunakan.

cheesecake
1. Didalam mangkuk, masukkan creamcheese dan gula. Putarkan sebati. Kemudian, masukkan raspberry jam kedalam adunan. Putarkan sebati. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk kecil, masukkan gelatin dan air panas. Kacau rata sehingga gelatin larut. Jika tak tahu nak bekerja dengan gelatin, boleh rujuk pada blog Pn Azlita Masam Manis.
3. Sementara tunggu gelatin larut, didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga gebu dan kental. Jika diterbalikkan mangkuk, cream tak tumpah. Jangan terlebih putar nanti cream bertukar semula menjadi cecair. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk berisi creamcheese tadi. Kaup balik dengan sebati.
4. Kemudian, jika gelatin tersebut sudah sejuk seketika, masukkan kedalam adunan dan gaul sebati. Setelah itu, masukkan kedalam loyang yg ade base biskut tadi. Ratakan dan simpan didalam peti ais sehingga kek membeku. Lebih kurang 3-4 jam (ABM sejukkan semalaman). Bila dah siap, bolehlah dihias dengan lebihan raspberry jam tu kat atas cheesecake nih. hihi.

Tips dari Che Matgebu: Untuk keluarkan kek dari loyang, basahkan kain bersih dengan air panas. Kemudian, tekap dibahagian luar loyang. InsyaAllah senanglah nak kluarkan kek tersebut. Jika ada bahagian tepi kek yang tak cantik, boleh layurkan pisau diatas api, kemudian, ratakan menggunakan pisau tersebut.

Selamat Hari Ibu
& 
ENJOY!





6 comments:

Gee® said...

Bestnyaaa...nyum2x

Iman Wildan said...

saya dh buat ini...dan sangat seronok 1st time wat n jadi..suka sangat resipi simple.sblm ni saya akan avoid most of cakes n cookies sbb saya rasa leceh nk buat..hehe..mekasih abm for the recipe!

A.B.M said...

[gee]
sgt best n nyamannn. :)

A.B.M said...

[iman]
kan. suka jugak. sbb tak pyh guna oven! :D

Intan Ain said...

whipping cream tu gune yg diary whip cream ke?
or non-diary?..kalo ubah gune non-diary whip cream boleh x?..
x reti gune diary whip cream,sbb nnt die cair balik..grrrrr

A.B.M said...

[intan]
insyaAllah boleh asalkan cream tu bila di whip kan, dy kembang. hihi. ABM tak tau sgt diary or non-diary. hihi