Saturday, May 11, 2013

Resepi 238 : Ayam ala KFC bersama Kentang Panggang - Dari Barat ke Timur

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Firstly ABM mintak maaf sbb
dah lama tak post resepi baru.
ABM bukannya apa,
Malas yang teramat sangat nak ke dapur.
Kalau makan malam pon just lauk telur.
Kalau malas sangat, ABM beli bento jelah.


So, disebabkan hari ni cuti,
ABM pon rajin sikitlah nak buat menu ni.
Lagipon harini 1 rejab kan.
Disarankan berpuasa.
So, sesape yang teringin nak buat,
boleh la try.
ABm rujuk dari MyResepi.
Tapi adelah bahan yg ABM tambah sikit


BAHAN BAHAN
(6-8 ketul ayam)

AYAM ALA KFC

Bahan Perapan
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih - ditumbuk
sedikit garam
1 sudu besar sebuk cili
1 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
secubit baking powder
sedikit serbuk perasa

Bahan Tepung
1 1/2 cawan tepung jagung ( 1 cawan dah ok kot)
4 sudu kecil serbuk bawang putih
sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili - nk pedas, tambah lg
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk kari
secubit baking powder
sedikit serbuk perasa

Bahan Lain
1 biji telur - dipukul seketika

KENTANG PANGGANG

kentang secukupnya - ikut bilangan berapa orng nk sediakan
minyak zaitun secukupnya
sedikit garam
sedikit daun basil yg kering


CARA CARA

Ayam ala KFC

1. Perapkan ayam dengan bahan perapan. Kemudian, perap selama 1 jam.
2. Sediakan kuali berisi minyak penuh dan panaskan. Sementara itu, campurkan bahan tepung dan gaul sebati.
3. Jika kuali dah panas, ambil satu ketul ayam yg diperap tadi. Kemudian, masukkan kedalam telur yg dipukul tadi. Setelah itu, golekkan diatas tepung. Jika minyak dah panas, masukkan kedalam kuali dan goreng sehingga masak keemasan. Ulang cara ini sehingga habis. 
4. Toskan dan hidang

Kentang Panggang

1. Panaskan oven 180c.
2. Basuh kentang sehingga bersih kemudian keringkannya.
3. Lumurkan kentang dengan minyak zaitun, garam dan daun basil. Gaul rata.
4. Bakar selama 45 minit. Pada setiap 15 minit, terbalikkan kentang supaya dimasak rata.

Selamat Berbuka
&
ENJOY!



1 comment:

faa.rosli said...

Lapar! Lapar! Nak ayam ke ep si tu!! Hihi