Tuesday, May 7, 2013

Resepi 237 : Lava Chocolate Cake - Pejamkan mata, Nikmati ia

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Beberapa hari lepas,
ABM ade buat menu ni
khas untuk kawan2 ABM yang datang ke tempat
ABM belajar ni.
Disebabkan semalam baru balik daripada bercuti,
so, ABM tak sempat nk update resepi ni.


Sebenarnya resepi yg lepas pon
ABM penah buat.
Cuma nak remake je resepi ni.
Lagipon, ABM memang suma amik gambar makanan ni.
Since bahan2 nye pon mudah je,
So, ABm decide nak buat menu ni jelah
sebagai menu ulangan dalam dapur ABM ni.
Lagi pon rasanya yg sangat chocolate mmg ABM suka.
Resepi ABM rujuk kat blog matsaleh ni <klik sini>



BAHAN BAHAN
(5 bekas - bergantung pada saiz)

150g dark chocolate - di potong kecil
70g unsalted butter
secubit garam
3 biji telur
1/2 cawan gula
1/4 cawan tepung kek/tepung gandum - ayak
1 sudu kecil vanilla essence


CARA CARA

Panaskan oven 200c.

1. Didalam mangkuk besi/kaca, letakkan coklat yg dipotong kecil kedalamnya. Kemudian, letakkan mangkuk diatas periuk berisi air sedikit didalamnya (water bath). Hidupkan api dan kacau coklat sehingga cair. Kemudian, masukkan butter dan secubit garam. Kacau sehingga butter cair.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Putar sehingga gebu dan pucat. Masukkan esen vanilla. Putar sebati. Kemudian, masukkan coklat tadi kedalamnya sedikit semi sedikit dan teruskan mengacau adunan untuk mengelakkan telur berketul (masak). Setelah itu, masukkan tepung dan gunakan spatula untuk kaup balik adunan. Masukkan adunan kedalam bekas ceramik (remiken) atau bekas2 yg sesuai yang telah di gris dengan butter. 
3. Bakar selama 12-15 minit. ABM bakar selama 14 minit. Bergantung pada oven. Boleh makan bersama ice cream vanilla kalau ada.

p/s : sedap dimakan suam2. Jika cake dah sejuk, boleh panaskan guna microwave sekejap.

ENJOY!



12 comments:

syapex said...

nk try pejam mata jgk la...
berangan konon2 tgh dok rasa nikmatnya lava coklt cake ni...
huhuhuuu...

faa.rosli said...

Hanya mampu pejam mata n bermimpi

fazianbatrisyia said...

sedapnya....bila nak rajin buat ni...

Iman Wildan said...

Abm..nk tny,kalau kte beat cream cheese using mixer,how long will it take to get nice texture yg kte nk?dan cne nk tau is it done or not?kte tgk dia thick ke cne?tq!!

A.B.M said...

[syapex]
try lah buat. mmg terpejam mata. :D

A.B.M said...

[faa]
mimpi jgn sampai meleleh air liuq. haha

A.B.M said...

[fazianbatrisyia]
kek ni mudah saja cara buatnya. InsyaAllah cepat. :)

A.B.M said...

[iman]
Kalau boleh letakkan cream cheese disuhu luar dahulu sebelum dipukul. Selalunya kalau ABM nak buat cream cheese frosting, ABM akan tambah dengan whipping cream. :)

Iman Wildan said...

kalau cream cheese tu gne utk buat cheese cake pun sama jugak ye?apa fungsi kte add whipping cream tu abm?:)

A.B.M said...

owh. Kalau cheesecake yg biasa tu, ABm pakai blender je senang. Tapi kalau nak buat soft cheesecake, ABM akan lembutkan dulu pd suhu bilik supaya creamcheese tak berketul.

Ikut jugalah pd resepi. ABM selalu kalau nak buat creamcheese frosting utk kek, ABM akan gunakan whipping cream + cream cheese yang telah dilembutkan (bukan cair tau). Whipping cream ni salah satu fungsinya adalah untuk menghias kek. Ada juga yg gunakannya dalam pembuatan cheesecake biasa tu. Ikutlah pada resepi. Setiap resepi tak sama cara pembuatannya. :)

Iman Wildan said...

Wah! bila en masterji jawab..heeee..thanks abm utk jwpn yg sgt informative!:)

faa.rosli said...

dah try! memang berbaloi! berbaloi! dan berbaloi!!!

http://faafeefoo.blogspot.com/2013/06/lava-chocolate-cake.html