Friday, May 3, 2013

Resepi 235 : Kuih Lapis - Tradisi Melayu

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Seperti yang dijanjikan,
ABM akan post resepi pasal gambar
yg telah ABM post kat fanpage ABM tempoh hari.
Sesape yang nak follow fanpage tu,
dialu-alukan. hihi (*promot*)
Tapi, untuk resepi lagi satu,
insyaAllah ABM akan post esok hari.


Okeylah, resepi kali ni ABM rujuk kat blog FnF.
Tapi ABM pon tak tau mana silapnya,
ABM tak dapat texture kuih lapis yg sebenar.
Tak selembut kuih lapis yg biasa dibuat tu.
Mungkin suhu kat jepun ni yg agak sejuk
(*sebab ABM tinggalkan kuih ni kat luar begitu je semalaman*)
ataupon ABM yg tersilap cara.
Tak tau lah.
Tapi dalam resepi yg ABM akan taip kat bawah ni,
ABM akan tambah sikit jumlah gula yg digunakan.
Sebabnya ABM buat agak kurang manis sikit.
Mgkin terlebih santan kot sebab tu gula pon kene lebih sket.
So, sesape yg nak try, boleh la rujuk kat bawah.

Thanks to Atiqah sebab tolong pegangkan kuih. hihi

BAHAN BAHAN
(20cm loyang petak/bulat)

3 cawan tepung beras
6 cawan santan sederhana pekat
(ABM buat 800ml santan kotak, 400ml air)
6 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan gula kastor (FnF guna 1 cawan, ikut citarasa)
sedikit garam
sedikit pewarna merah dan perasa ros


CARA CARA

1. Panaskan tempat kukus.
2. Masukkan santan dalam periuk dan panaskan seketika. Suam2 kan saja. Matikan api dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, masukkan tepung beras, santan, tepung gandum, tepung jagung, gula dan sedikit garam. Kacau sebati. Masukkan santan sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Bahagian pertama biarkan warna putih, dan bahagian kedua diletakkan sedikit pewarna merah dan sedikit perasa ros. Kacau rata.
5. Letakkan loyang didalam pengukus. Masukkan 1 senduk lebih adunan warna putih kedalam loyang. Tutup pengukus dan masakkan selama 5 minit. Bila dah masak, masukkan adunan warna merah pula. Masakkan lagi 5 minit. Selang selikan sehingga abis. ABM dapat 6 lapis.
6. Jika dah siap, biarkan sejuk sebelum dipotong.

ENJOY!

3 comments:

syapex said...

rajinnya melapis...

A.B.M said...

hihi. sbb melapis pon cuma makan masa 5 minit je setiap lapisan. :D

faa.rosli said...

waaa cantik lapisan tu..rajin n sabar ek nk buat kuih ni..faa ni kurang kesabaran sikit, huhuhu