Tuesday, April 30, 2013

Resepi 234 : Chocolate Mousse Cake - Soft and Creamy

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Seperti biasa,
hari ni ABM akan menaip entry berkenaan
dengan dessert.
Chocolate Mousse Cake.
ABM memang suka coklat dan
ABM jugak sangat suka cake yg ber-mousse ni.
Kalau balik Malaysia tu,
mesti ABM akan singgah secret recipe
then order indulgence cake.
Memang terangkat lah.
Tapi, ABM tetap ade kemalasan yang melampau
nak buat indulgence cake.
So, ABM pon buatlah coklat mousse cake sajo.


Untuk Resepi ni pulak, ABM rujuk dari buku resepi
yang ABM beli kat jepun ni.
One thing yang ABM suka dengan buku resepi jepun ni,
dy siap tunjukkan cara2 bergambar buat sesuatu menu tu.
Memang sangat menariklah.
Okeylah, malas pulak nak taip pepanjang.
report pulak bnyk yang tak siap lagi.
So, sesape yang nak buat tu,
try2 lah ye resepi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(18 atau 20 cm loyang bulat - yg boleh buka bawah)

Coklat Sponge Cake
2 biji telur
55g gula kastor
50g tepung gandum
10g cocoa powder
20g butter - dicairkan

Simple Syrup
100ml air
50g gula

Chocolate Mousse
300ml whipping cream
160g coklat (ABM guna milk chocolate)
60ml susu segar
30g gula kastor
2 biji kuning telur


CARA CARA

Coklat Sponge Cake
1. Panaskan oven 160c.
2. Didalam mangkuk besi, masukkan telur dan gula. Pukul sebati. Ambil satu mangkuk berisi air panas, masukkan mangkuk berisi telur tadi dan putarkan diatas air panas tersebut (waterbath). Pukul sehingga adunan pucat dan kembang (bila diangkat pemukul, adunan tak putus pada pemukul tersebut).
3. Ayakkan cocoa powder dan tepung gandum kedalam adunan telur yang kembang tadi dan gunakan spatula, kaup balik adunan sehingga sebati.
4. Masukkan butter yg dicairkan dan kaup balik adunan sebati.
5. Masukkan kedalam loyang dan bakar selama 20-25 minit. Sejukkan sepenuhnya bila dah siap dibakar.

Simple Syrup
1. Satukan kesemua bahan dalam mangkuk kecil dan ketepikan

Chocolate Mousse
1. Didalam mangkuk besi, masukkan coklat. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah waterbath (nak cairkan guna microwave pon boleh).
2. Didalam mangkuk besi lain, masukkan susu, gula dan kuning telur. Gunakan kaedah waterbath, pukul sehingga sebati dan kembang.
3. Angkat daripada waterbath dan pukul menggunakan elektrik mixer sehingga kembang dan kuning telur menjadi sejuk.
4. Masukkan adunan kuning telur kedalam coklat yang telah dicairkan tadi. Gaul guna spatula sehingga sebati.
5. Pukul whipping cream sehingga kental (hard peak). Masukkan 1/3 daripada adunan whipping cream kedalam adunan coklat. Kaup balik adunan sehingga sebati. Masukkan lagi lebihan whipping cream dan kaup balik sehingga sebati.


Penyediaan
1. Sponge cake yang telah sejuk sepenuhnya tadi diletakkan semula kedalam loyang tadi (kalau boleh, trim sikit bahagian atas kek tersebut).
2. Sapukan dengan simple syrup diatas cake tadi supaya cake lembab apabila disimpan didalam peti ais nanti.
3. Masukkan coklat mousse tadi kedalam loyang. Ratakan bahagian atas. Sejukkan didalam peti ais selama semalaman.
4. Bila dah disejukkan, cara nak keluarkan dari loyang pula adalah, layurkan pisau diatas api. Kemudian, longgarkan bahagian tepi loyang dengan menggunakan pisau tadi. InsyaAllah kek mudah dikeluarkan.
5. ABM hias diatas kek dengan parutan coklat putih.

ENJOY!

10 comments:

syapex said...

npak mcm remeh...
mmmmmm....
mtak copy resepi ni dulu ya...
kalau rajin nk try bt jgk...

A.B.M said...

yg rumit mgkin kene bnyk guna mangkuk. tp bahan2 nya mudah je kan. :)

Cheq Sue said...

kalau dah selalu buat mousse tu tak la rasa susah ya ABM... akak suka jugak kek mousse ni buat je tak pernah. sesekali je buat filling kek ^^

Suzana Ibrahim said...

bahan-bahan yang mudah, nampak macam senang je nak buat.minya resepi ye!

A.B.M said...

[cheq sue]
try la buat kak. kompom menjilat jari. :)

A.B.M said...

[suzana]
mmg mudah. tak rugi cuba. :)

Eey said...

Agak2 senang cair x kek ni. Slalu mousse kan pakai gelatin, kek ni x pakai pun... :)

A.B.M said...

[eey]
kalau letak kat dalam peti ais semalaman insyaAllah tak cair. Tapi jgn pula terdedah dgn suhu luar terlalu lama. takut akan mencair pulak. :)

damia said...

Salam...x berapa faham cara masak kuning telur,susu & gula tu...masa double boil tu kena kacau ngan sudu smpi pekat dulu ker... pastu angkat then putar guna mixer ek....maaf yer...saya budak baru belajar

Anonymous said...

Abm gune whipping cream tu yg diary or non-diary yea?