Resepi 233 : Strawberry Custard Cornflakes Trifle

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat menu dessert.
Agak kerajinan sikit nak buat trifle ni.
Actually ABm sangat suka dessert jenis trifle ni.
Kita boleh letak ape sahaja bende yg kita suka
dalam satu cawan.
Memang sangat menarik.
Tapi kene jugak fikir about the taste.
ABM kurang minat kalau dessert tu terlalu manis.
So, ABM buat strawberry compote 
sbgai element kemasaman dlm dessert ni.
Nak tambah rasa masam tu lagi,
ABM tambah sikit lemon zest dalam compote tu.


ABM tak ikut resepi mana2.
Just ikut apa yg ABM selalu buat.
Semua element dalam trifle ni ABM suka.
Untuk element kerangupan pulak, ABM bubuh la
peanuts ngn cornflakes.
Element paling penting dalam dessert adalah element kemanisan.
So, ABM buat custard dengan cream cheese frosting.
Sesape yang nak cuba dessert ni,
boleh la rujuk resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN
(12 cawan - bergantung pada saiz)

Cream Custard
500ml susu segar
3 biji telur
1 biji kuning telur
35g tepung kastard
110g gula kastor
2 sudu kecil vanilla esen
secubit garam

Strawberry Compote
280g frozen strawberry (guna yg fresh pon ok)
1/2 cawan gula kastor
sedikit parutan kulit lemon

Cream Cheese Frosting
100ml whipping cream
2 sudu besar gula
80g cream cheese - dilembutkan

Bahan Lain
sedikit kisaran kacang tanah (yg boleh makan terus tu)
cornflakes secukupnya
buah strawberry segar secukupnya sebagai hiasan


CARA CARA

Cream Custard
1. Panaskan susu segar (jgn smpai mendidih). 
2. Sementara itu, didalam mangkuk berasingan, masukkan telur, kuning telur, tepung kastard, gula, garam. Pukul sebati.
3. Tuang susu kedalam campuran telur tadi sambil dipukul adunannya. Tuang kembali adunan tadi kedalam periuk. Masak dengan api yg kecil sehingga kastard benar2 pekat. Matikan api dan tuang didalam bekas yg sesuai. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
4. Cover dengan plastik warp dalam keadaan plastik wrap mencecah pada permukaan kastard. Sejukkan didalam peti ais sehingga sejuk sepenuhnya.

Strawberry Compote
1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk kecil. Kacau sehingga gula cair dan cecair pada compote memekat. Masak dengan api sederhana
2. Jika dah okey, matikan api dan wrapkan. Sejukkan didalam peti sejuk sepenuhnya sebelum digunakan.

Cream Cheese Frosting
1. Pukul whipping cream dan guna sehingga kental (hard peak).
2. Cream cheese hendaklah dilembutkan dahulu. Masukkan 1/3 daripada adunan whipping cream kedalam cream cheese. Kaup balik sebati. Kemudian, masukkan lebihan nya dan kaup balik sehingga sebati. 
3. Masukkan kedalam peti ais sebelum digunakan.

Penyediaan
1. Sediakan cawan secukupnya. Paipkan cream custard kedalam cawan. Agak2 lah nk bnyk mana.
2. Kemudian, sudukan strawberry compote diatasnya. 
3. Taburkan kisaran peanuts diatasnya pula.
4. Ramas sedikit cornflakes dan masukkan kedalam cawan. Kemudian, paipkan cream cheese frosting diatasnya dan bubuh strawberry segar sebagai hiasan.
5. Ulang step pada cawan yg lain sehingga habis.

ENJOY!

Comments

faa.rosli said…
u r master of dessert...huhu
A.B.M said…
eh, tak adelah. :D
Iman Wildan said…
lama tak singgah sini..abm,saya nk try wat ni esok utk letak dlm balang kaca jd door gift e-day my sis..moga2 jadi la hendaknye..tak jadi jwbnye masuk perut sdri la..heeee...
Iman Wildan said…
This comment has been removed by the author.
A.B.M said…
[iman]
insyaAllah jadi., :)
Iman Wildan said…
Abm,saya dh buat..rasa sedap,tp rupa dia..errr..hahahaha..sbb awal sgt bubuh whipping cream,dia jd mendap..tp,ni masuk list yg masuk buku recipe..i love the idea yg letak kacang..crunchy n seimbangkan manis.:)
Jika dah okey, matikan api dan wrapkan. Sejukkan didalam peti sejuk sepenuhnya sebelum digunakan.
black dress shalwar kameez design
salwar suit design black

Popular Posts