Thursday, April 25, 2013

Resepi 232 : Homemade Roti Pita step by step

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat menu ala2 india sikit.
Pita bread!
Atau nama glemernye,
"roti poket doremon"
Sebenarnya semalam Chef John : Food Wishes
ada post berkaitan menu ni.
Memang sangat excited nak cuba.
Bahan2 nak buat pon mudah je.
Memang dah ada kat rumah ni.
Tinggal tunggu kerajinan je nak buat.


So, ABM curi2 masa tadi sebelum pergi ke kelas,
ABM buat dulu dohnya.
Sangat gigih ok nak buat menu ni. Haha.
So, after balik kelas tadi just nak masakkan je.
Dengan ABM buat la sikit kari ayam.
Tapi kat sini ABM kongsikan resepi roti pita je la eh.
Kari ayam ni pon buat yg simple je.
So, sesape yg nak cuba buat roti pita ni,
bolehla try.
Pastu, kalau rajin, buatla ala2 kebab ke.
Pehh. sgt enak.


BAHAN BAHAN
(8 keping)

sponge mix
1 paket (11g) yeast
1 cawan air suam (35-40℃)
1 cawan tepung gandum
+
doh
1 1/2 sudu besar minyak zaitun (minyak sayuran pon ok)
1 3/4 sudu kecil garam
1 3/4 cawan tepung gandum (plus sedikit lagi jika doh lembik sgt)


CARA CARA

doh roti
1. Sediakan air suam (35-40℃).
2. Didalam mangkuk. masukkan yis dan air suam.
3. Masukkan juga 1 cawan tepung.
4-5. Kacau sehingga sebati. Kemudian, rehatkan seketika campuran tersebut selama 15 minit. Doh akan menjadi berbuih dan likat.
6-8. Masukkan minyak dan garam. Gaul sebati.
9-11. Masukkan 1 3/4 cawan tepung gandum dan uli doh (jika tiada stand mixer, guna tangan). Jika doh masih melekat pada mangkuk, tambahkan sedikit lagi tepung gandum (anggaran 1 sudu besar dahulu). Uli doh. Jika masih lembik, tambah lg sikit tepung gandum. Jika doh tak melekat pada mangkuk, uli lagi selama 4-5 minit. 
12. Sediakan mangkuk lain yg di gris dengan minyak. Bulatkan doh dan letak dalam mangkuk berminyak tersebut. Perap selama lebih kurang 2 jam atau doh naik 2 kali ganda.

penyediaan
1. Keluarkan doh jika sudah naik dua kali ganda.
2-3. Diatas papan kerja, tabur sedikit dengan tepung. Lebarkan doh segi empat tepat dan bahagikan kepada  8 bahagian.
4. Bulatkan doh tersebut dan minyakkan sedikit atas doh. Cover dengan plastik wrap selama 30 minit.
5. Uli doh selebar yg boleh dan biarkan 5 minit sebelum dimasak.
6. Oleskan sedikit minyak pada kuali. Gunakan api sederhana. Pastikan kuali benar2 panas sebelum diletakkan doh roti. Roti akan menggelembung. Masak sehingga keperangan (lebih kurang 3 minit satu bahagian). Jika dah siap, angkat. Bila dibelah dua bagaian roti yg dah siap. akan ada "poket" pada roti tersebut. 

ENJOY!


1 comment:

faa.rosli said...

jual lah! leh bukak kedai mamak..huhu