Tuesday, April 23, 2013

Resepi 231 : Sate Ayam Perantau

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Dah lama rasanya ABM tak post resepi
berkaitan selain dessert.
Asyik2 dessert je kan lau tgk post2 ABM sebelum ni.
Bukannya ape,
ABM tak ade idea sgt lau nak buat mknan lauk2 ni
Kalau dessert tu ok la jugak kan.
Nampak menarik sikit lau olah ape yg patut.


Tapi hari ni agak kerajinan sikit.
So, ABM pon buat la sate ayam ni
Lagipon haritu ade bawak ketupat mini
Lg sedap la kan makan dengan sate ayam ni.


Untuk resepi pulak, 
ABM rujuk dari blog Jintan Manis
Memang sedap.
Cuma ABM kurangkan sikit portion ayam tu
Tapi, yg lain2 ABM ikut resepi.
Untuk resepi kuah kacang tu pulak,
 ABM tak ikut resepi dari situ.
ABM buat resepi yg penah ABM buat sebelum ni.
Apa2 pon, thanks for the recipe. 


BAHAN BAHAN

3 keping ayam boneless bahagian peha - dipotong dadu kecil
(kak ros ada pakai bahagian dada ayam. ikut citarasa)

bahan perapan
sedikit halia - sebesar ibu jari *
sedikit lengkuas - sebesar ibu jari *
2 sudu besar jintan manis *
1 batang serai *
1/2 biji bawang besar *
1 sudu besar biji ketumbar *
3 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar madu
sedikit gula melaka - dipotong kecil
sedikit serbuk kunyit

kuah kacang
1 1/2 cawan kacang tanah (ABM pakai kacang yg boleh dimakan terus)
2 batang serai - diketuk
3 sudu besar cili kering yg dikisar
jus asam jawa secukupnya
garam dan gula secukup rasa (ABM guna gula melaka sikit)
2 cawan air

bahan kisar
1 sudu besar udang kering - direndam 10 minit dan ditos
1 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis
5 biji bawang merah (atau 1 biji bawang besar)
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 batang serai
air secukupnya

bahan sampingan
timun secukupnya
nasi impit secukupnya


CARA CARA

perapan ayam
1. Kisarkan halus bahan2 bertanda (*). Masukkan kedalam mangkuk. Masukkan sekali bahan2 perapan yg lain. Kemudian, masukkan pula ayam yg telah dipotong dadu. 
2. Wrapkan mangkuk dan simpan dalam peti ais selama 3 jam. Kalau nak sedap perap semalaman.

kuah kacang
1. Didalam periuk, masukkan minyak secukupnya. Jika dah panas, masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing.
2. Kemudian, masukkan bahan2 kisar dan serai yg diketuk kedalamnya dan kacau sekali sekala sehingga terbit minyak.
3. Masukkan air dan kacang tanah yg telah dikisar. Biarkan mendidih.
4. Kemudian, masukkan jus asam jawa serta garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih sekali lagi dan agak2 kuah nampak pekat, matikan api. Kuah tak pyh pekat sgt sebab bila nnt dah sejuk, kuah akan pekat sendiri.

penyediaan sate
1. Panaskan oven 180c.
2. Cucukkan ayam yg diperap tadi dengan lidi sehingga siap. Kemudian, letakkan diatas tray dan bakar selama 20 minit.
3. Sediakan pula kuali grill jika pakai dapur gas (Nak guna grill pakai arang pon bole). Jika kuali dah panas, sapukan sedikit minyak. Letakkan satay yg dimasak didalam oven tadi diatas kuali grill. Biarkan sehingga nampak kegaringan (hitam2 sikit). Ulang sehingga habis. Siap dihidang dengan kuah kacang dan bahan sampingan.

ENJOY!





3 comments:

syapex said...

haaa....
btol tu, kalau buat dessert memang best...
susah mcm mana pun mesti nak cuba...

sate ni kompem sdp...
sate perantauan katakn...
: )

A.B.M said...

Yup2.
sebab tu suka buat dessert.
Bole decorate2 sikit. hihi

Anonymous said...

hyeee..sedapnyeee mknan niiii.lol