Monday, April 22, 2013

Resepi 230 : Light Cheesecake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni walaupon ade kelas,
tapi tgn ABM gatal sungguh nak buat cake.
Tapi tak de idea nak buat cake ape.
So, ABM pon belek2 lah ape yg ade kat peti.
Ternampak pulak cream cheese.
Then, ABM pon search la recipe.
Tersinggah pulak kat blog kak hasue.
Light Cheesecake.


Tapi kak hasue buat ade dot2 blueberry.
ABM pon ingtkan nak buat dot2 camtu.
Tapi hasilnya hampeh.
Berangan nak buat dot2 strawberry.
So, beli lah strawberry jam.
Bila dah dalam oven baru teringat,
kalau pakai jem, nnt jem tu akan mendak kebawah.
So, takkan jadi lah dot2 tu.
Kak hasue tak pakai jem.
Tapi mybe pakai filling blueberry yg agak cair.
Jem yg ABM pakai tu agak 'kental',
so, bahagian bawah kek tu agak buruk.
keciwa sikit.
So, harini ABM kongsi resepi Light Cheesecake je la eh.
Skip bahagian strawberry jem tu.
Kalau tak, nnt jadi buruk macam kek ABM tu.


BAHAN BAHAN
(20cm loyang bulat)

300ml susu segar
6 keping kepingan keju (ABM guna 160g cream cheese)
3 biji telur gred A - asingkan putih dan kuning
110g gula kastor 
1 sudu kecil esen vanilla
110g tepung gandum - diayak
110g mentega


CARA CARA

1. Panaskan oven 180c
2. Didalam periuk, panaskan susu segar dengan api yg kecil. Kemudian, masukkan cream cheese kedalam periuk. Kacau sehingga mencair. Kemudian, masukkan mentega dan kacau sebati. Matikan api dan ketepikan.
3. Didalam mangkuk lain, masukkan kuning telur dan pukul sehingga berkrim dan masukkan adunan susu tadi kedalam nya. Pukul sebati. Ketepikan.
4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan kaup balik adunan sebati. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
5. Didalam mangkuk lain, masukkan putih telur. Pukul sehingga berbuih. Kemudian, masukkan gula sedikit demi sedikit sambil memukul telur. Pukul sehingga kental (hard peak). 
6. Ambil sedikit putih telur dan masukkan kedalam adunan cheese. Kaup balik sebati. kemdian, masukkan lebihan tadi dan kaup balik sehingga rata.
7. Masukkan kedalam loyang dan bakar dengan kaedah bain marine (waterbath) selama 50 minit atau sehingga kek benar2 masak. Sejukkan dahulu kek sebelum dipotong.

ENJOY!


5 comments:

HaSue said...

Assalamualaikum..
Nak tumpang mkn ciskek kat sini lak..ciskek kat dapo maya akak tu dh lama basi.kikiki... Akak mmg guna bluegerry filling,pastikan suhu bilik agar x mendak ke bwh yer. Nak kata cair x gak,standard filling kat bakery je..takpe,kalo teringin leh try lg lenkali ye..trm kasih sudi cuba n share di blog abm..slm kenal dr akak. :-)

A.B.M said...

wsalam kak.
tu lah. agak keciwa sikit ngn hasil yg tak ade dot2. hihi.
takpe2. nnt ley try..
salam kenal dari saya jugak kak. :)

Moonirah said...

rasa cm penah try wat ciskek dr blog kak hasue..simple tp sdp

awak, caramel ciskek kt nandos sedap..haha *Saje*

A.B.M said...

yup2. simple tp sgt sdp.

ciskek nandos mmg sedapppp!! penah try time balik mesia harituuu. :D

Anonymous said...

Salam nak tnye. Kalau chocolate mousse letak atas cheesecake ni boleh x?