Tuesday, April 16, 2013

Resepi 229 : Kek Ala Tiramisu

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat satu cake 
yang boleh dikatakan mudah.
Tapi, bila tgk pada nama kek ni
sangatlah mewah!
Semalam ABM beli barang kat kedai.
Tup2 ade jual sponge cake yg dah siap.
Terpikir dah lama nak buat tiramisu cake.
Tapi mls nk buat sponge cake sendiri.

So, ABM pon beli lah sponge cake yg dah siap tu.
So, kerja ABM jadi mudah.
Untuk resepi cream cheese ni pulak,
ABM buat simple cream cheese custard.
Dan ade lah ABM bahagian sedikit utk dibubuh rasa
coklat dan jugak coffee.
Untuk lebih meyakinkan lagi yg kek ni adelah
kek tiramisu. haha.
So, sesape yg nak buat,
boleh buat sendiri sponge cake.
Guna lah simple sponge cake recipe.
ABM mls nk menaip. So, ABM tak sertakanlah recipe
untuk Sponge cake tu.
Lagipon ABM beli je kat kedai.
SO, ABM taip recipe untuk cream cheese jelah ye.
Idea ABM dapat after tengok blog Che Mat. 


BAHAN BAHAN

1 biji sponge cake (18cm) - dibelah 2.

cream cheese and coffee custard
3 biji kuning telur
100g gula kastor
200g cream cheese - disuhu bilik
1 sudu kecil vanilla esen
3 sudu besar serbuk koko
2 sudu kecil serbuk instant espresso
1 sudu besar gelatin halal
4 sudu besar air panas
300ml whipping cream
3 sudu kecil gula kastor

optional
parutan coklat secukupnya
biskut ladyfingers secukupnya


CARA CARA

cream cheese and coffee custard
1. Didalam mangkuk, masukkan kuning telur, 100g gula kastor dan pukul seketika. Gunakan kaedah waterbath, pukul kuning telur tadi sehingga pucat (ala2 custard). 
2. Kemudian, masukkan cream cheese tadi dan pukul sehingga cair dan sebati. Jika dah sebati sepenuhnya (tiada ketulan cheese), angkat. Kemudian, masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
3. Ambil plastic wrap dan wrapkan mangkuk berisi custard tadi. Pastikan plastic wrap mencecah permukaan custard. Kemudian, sejukkan didalam peti ais sehingga sejuk custard tersebut. (lebih kurang 1 jam)
4. Sementara itu, didalam mangkuk lain, masukkan gelatin halal dan air panas. Gaul seketika sehingga gelatin mencair. Jika tak cair juga, gunakan kaedah waterbath.
5. Jika custard dah sejuk, masa untuk buat whipping cream. Masukkan whipping cream, 3 sudu kecil gula kedalam mangkuk lain dan putarkan sehingga kental. Jangan terlalu lama memukul ya! Jika dah kental, ketepikan seketika.
6. Ambil 1/3 daripada custard tadi dan campurkan serbuk espresso, dan serbuk koko. Gaul sebati. Masukkan pula 1/3 daripada whipping cream dan kaup balik adunan sehingga sebati. Setelah itu, Masukkan 1/3 daripada gelatin yg dicairkan tadi kedalam adunan coffee. Gaul sebati dan ketepikan. Masukkan kedalam piping bag jika nak mudah decorate.
7. 2/3 daripada adunan tadi dicampurkan dengan 2/3 adunan whipping cream. Masukkan sedikit demi sedikit dan kaupbalik sebati. Masukkan juga lebihan gelatin tadi dan gaul sebati. Masukkan sedikit cream kedalam piping bag utk decorate.

penyediaan
1. Ambil satu bahagian kek dan paipkan adunan coffee diatasnya satu lapisan. Kemudian, paipkan pula lapisan cheese diatas lapisan coffee. Setelah itu, paipkan lagi lebihan adunan cream coffee tadi. Ambil bahagian kek kedua dan tutup bahagian atas.
2. Ambil lebihan cream cheese tadi dan salut seluruh bahagian kek. Buat kemas. Jika ada biskut ladyfingers, bolehlah diletakkan dibahagian tepi kek.
3. Parutkan coklat diatasnya dan sejukkan didalam peti ais sebelum dihidang. Sekurang2 nya 3-4 jam ataupon semalaman lebih baik.

ENJOY!


12 comments:

eray said...

kenapa cantik sangat kek nie? tangan x berapa berseni...buat asal sedap saje...

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/04/shaklee-vivix-petua-cantik-ayu-raudah.html

Subhie Arun said...

lovely cake..and neat n cool space...frst time here ..happy to follow u ..glad if u do d same..

http://subhieskitchen.blogspot.co.uk/2013/04/acar-ayam-goreng-malaysian-pickled.html?view=magazine

A.B.M said...

[eray]
eh, xde lah berseni mana.
sy pon buat asal bole je. :)

A.B.M said...

[subhie]
thank you for clicking my blog. okey. followed. :)

faa.rosli said...

aishhh..
bila laa terbukak hijab nak buat tiramisu ni..
disebabkan tak minat dengan rasa kopi, tu yg tak terbukak hijab tu..tapi teringin..hehe..

btw, tiramisu yg dah dipotong tu comell. cam katil. hehe

Mat Gebu said...

Ohhsemmmm...tu hari, masa buat cm cuma dpt makan beskut yg buatkepung tepi kek jee..kek dia habis licin..

A.B.M said...

[faa]
owh. x suka ke. lau cmtu, ganti lah dgn rasa coklat. :D

A.B.M said...

[che mat]
haha. kek che mat kan. mmg laku. abes kene serang awal2. :D

Ano said...

Kalau tak ada gelatin, nk buat macam mana?
thanks

A.B.M said...

[ano]
kalau xde gelatin susah sikit la nak buat. sbb nnt takut cream tu mencair sgt. seboleh2 nya mmg kene ada gelatin. tp pastikan yg halal ya. :)

Anonymous said...

confuse dgn arahan buat adunan whiping cream dan custard yang mana 1/3 tu dan 2/3 tu nk campur dgn yg mana..mcm berbelit...

A.B.M said...

[anon]
fahamkan betul2. Untuk step 6 adalah step untuk cream coffee dan step 7 adalah cream custard biasa.
Untuk step 6, buat 1/3 daripada adunan custard dan whipping cream dan dicampurkan dengan sedikit gelatin dan coffee serta serbuk koko. Then gaul.

Untuk step 7, lebihan 2/3 daripada lebihan custard dan whipping cream tadi dimasukkan di mangkuk lain dan gaul rata. Masukkan juga lebihan gelatin tadi.

harap dapat faham lah. :) Sori lah, ber mathematics sikit. ^^