Sunday, April 14, 2013

Resepi 228 : Kuih Pau Gebu

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat kuih pau kelapa.
Dah lama juga tak buat
resepi guna kaedah kukus.
So, kali ni ABM buat la resepi guna
kaedah mengukus ni.

Actually semalam ade welcoming party utk 
junior2 kat sini.
Ade la senior yg buat kuih ketayap kelapa.
Tup2, ade lebih inti nya.
Daripada membazir, baik guna lebihan inti tu
utk buat something yg best gak.
Pikir punya pikir, dapat idea kuih pau.
ABM pulak tak pernah buat kuih pau lagi.
Alhamdulillah menjadi.
Untuk resepi doh,
ABM rujuk kat blog Dapur CT.
ABM doublekan sikit adunan.
Cuma cara buatnye saje yg beza.
Untuk resepi inti pulak,
ABM link kan resepi kuih ketayap
yang pernah ABM buat dulu.


BAHAN BAHAN
(lebih kurang 15-20 ketul bergantung pada saiz)

doh pau
600g tepung gandum
6g yis
1 sudu kecil baking powder
secubit garam
8 sudu besar gula kastor
1/4 cawan minyak sayuran
2 sudu teh bread softener - kalau xde pon xpe
1 cawan air suam - suhu lebih kurang 40c

inti pau
(atau apa2 yg difikirkan sesuai)


CARA CARA

1. Masukkan tepung gandum, baking powder, secubit garam, bread softener kedalam mangkuk. Boleh jika nak guna tangan. Tapi ABM menggunakan bread hook mixer. Kacau adunan sebati.
2. Didalam mangkuk kecil, masukkan air suam, yis dan gula. Satukan dan biarkan selama 5 minit. Yis akan aktif (terdapat buih2 di permukaan air).
3. Gunakan kelajuan sederhana, masukkan minyak sayuran. Jika dah sebati, masukkan sedikit demi sedikit air campuran yis tadi sehingga habis. Jika doh nampak lembik, tambahkan sedikit tepung. Jika dah ok, biarkan mesen penguli tu menguli doh selama 4-5 minit atau sehingga doh tidak melekat pada mangkuk.
4. Sediakan mangkuk yang disapu minyak. Doh yang dah siap diuli dimasukkan kedalam mangkuk dan biarkan di tempat suam selama 1 jam atau sehingga doh naik double in size.
5. Jika doh dah menaik, bentukkan bulat kecil (lebih kurang 40-50g) sehingga siap. Biarkan lagi selama 5-10 minit.
6. Leperkan doh dan isikan inti (jika buat inti kelapa, bentukkan inti tersebut pada bentuk bulat dahulu supaya senang nak masukkan dalam doh). Tutup inti tersebut sekemasnya. Lapik dibahagian bawah doh yg berisi inti tadi dengan plastik yg digunting segi empat (nak guna daun pisang lg ok). Buat sehingga habis. Susun didalam tempat kukusan. Jangan terlalu rapat. Pastikan ade ruang. Buat batch by batch.
7. Rehatkan doh ditempat suam kembali selama 30 minit sebelum dikukus. Sementara itu, sediakan air kukusan.
8. Kukus pau selama 10-15 minit dengan api yang kuat. Buat lah sehingga habis. Siap!

ENJOY!

2 comments:

suebee said...

abm, nak tanya sikit..pau softener tu boleh ke gantikan bread improver..tlg jawap..

A.B.M said...

oh, boleh je sue letak sikit. kasi lembut. :)