Wednesday, April 10, 2013

Resepi 227 : Fake Fried Icecream with Strawberry Compote

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Alhamdulillah
hari ni rumah ABM dah ade internet.
So, boleh la nak menjenguk
blog ni dgn lebih kerap.
Dan hari ni juga adalah hari pertama
bermula sesi "persekolahan"
bagi tahun 2013.
hooreyy hooreyy *ini serius* :P


Okeylah,
memandangkan baru bermula sesi sekolah,
so, kerja tak ade lagi.
Cuma dalam masa seminggu ni just orientasi bagi
memilih kelas apa yang nak amik.
Jadual utk sem ni agak pack.
Mungkin blog ni tak serancak sem lepas.
Tapi ABM akan cuba curi masa
untuk update resepi.


Hari ni ABM buat menu yg agak menarik
bagi ABM.
Tgk nama menu ni je pon dah nampak menarik.
Tapi, cara buat menu ni sgt mudah.
Bahan pon sikit je yg digunakan.
ABm just google je resepi.
kat blog Food.Com
Thanks for the recipe.


BAHAN BAHAN
(8 ketul - bergantung pada saiz)

Fake fried icecream
2 1/2 cawan corn flakes
1 sudu besar butter - dicairkan
2 sudu besar gula kastor
1 sudu kecil serbuk cinnamon
Vanilla ice cream secukupnya - nak guna apa2 perasa pon ok

Strawberry compote
2 cawan frozen strawberry - nak guna yg fresh pon ok
3 sudu besar gula kastor


CARA CARA

Fake fried icecream
1. Masukkan corn flakes kedalam ziplog plastic bag (atau plastik biasa). Ambil penguli dan hancurkan cornflakes guna penguli tersebut.
2. Masukkan butter, gula, dan serbuk cinnamon kedalam plastik berisi cornflakes tadi dan goncangkan sehingga sebati sepenuhnya.
3. Baking pan dialas dengan baking sheet dan taburkan cornfakes tadi diaatasnya. 
4. Panaskan oven 180c.
5. Bakar cornflakes tadi didalam oven selama 10 minit atau sehingga keperangan. Pada minit ke-5, buka pintu oven dan gemburkan cornflakes supaya dibakar sekata. Bila dah siap, biarkan sejuk sepenuhnya.
6. Gunakan icecream scoop (ABM guna yg saiz besar), letakkan icecream diloyang berisi cornflakes tadi dan salut cornflakes di keseluruhan icecream. Buat sehingga habis.
7. Sejukkan selama 2 jam atau lebih untuk icecream benar2 kembali mengeras. 

Strawberry compote
1. Potong strawberry setengah bahagian dan masukkan didalam mangkuk. Masukkan juga gula didalamnya dan gaul sebati.
2. Masukkan didalam periuk dan masak dgn api sederhana sehingga air pada strawberry keluar. Bila dah agak pekat, matikan api dan biarkan sejuk sebelum dihidang.

ENJOY


3 comments:

ana said...

Salam abm...
Lama sya tk jenguk dapur awk. Dapur bru ye... Iyela pindah rmh bru dapur pun mesti baru hehehe... Eeiii sedapnya eskrem goreng. Selalu guna roti nye. Ni guna cornflake lak. Mesti rangup n sedap. Nti sya copy n nk wat bila ank2 dh balik dr kolej. Makasih kongsi resepi.

ana said...

Salam abm...
Lama sya tk jenguk dapur awk. Dapur bru ye... Iyela pindah rmh bru dapur pun mesti baru hehehe... Eeiii sedapnya eskrem goreng. Selalu guna roti nye. Ni guna cornflake lak. Mesti rangup n sedap. Nti sya copy n nk wat bila ank2 dh balik dr kolej. Makasih kongsi resepi.

faa.rosli said...

faa dah try n its yummeh tapi comot! hihihi.

http://faafeefoo.blogspot.com/2013/04/fake-fried-ice-cream.html