Thursday, April 4, 2013

Resepi 226 : Almond Oatmeal Biscuits

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM teringin nak buat biskut
untuk minum petang hari ni.
So, ABM dok belek2 lah buku resepi
yang ABM beli kat jepun ni.
Tup2 ade resepi biskut yang mudah ni.
Apa lagi, ABM terus lah beli bahan2 yang tak mencukupi
kat rumah ni.


Lagipon ade saki baki old fashioned oatmeal
yang ABM beli tempoh hari.
Dan ABM terajin jugak hari ni,
ABM amik lah gambo step by step 
cara2 buat resepi ni.
Memang mudah.
Credit jugak utk senior ABM kat sini
sbb bg tumpang internet. hoho


BAHAN BAHAN
(24 keping biskut - bergantung pada saiz)

110g butter - disuhu bilik
secubit garam
50g gula perang
40g gula kastor
1 biji telur
2 sudu besar susu segar
1 sudu kecil vanilla esen
100g tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder
120g oatmeal (ABM guna old fashioned oatmeal)
50-60g almond (nak banyak sikit lg pon boleh)


CARA CARA


1. Cincang kacang almond kasar. Ketepikan.
2. Didalam mangkuk lain, masukkan butter, garam, gula perang dan gula kastor.
3. Pukul sebati sehingga adunan menjadi pucat.
4. Pukul seketika telur didalam mangkuk lain. Masukkan sedikit demi sedikit sambil pukul sehingga sebati.
5. Masukkan susu dan pukul sebati.
6. Kemudian, masukkan almond dan oatmeal. Gaul gunakan spatula sehingga sebati.
7. Masukkan esen vanilla dan gaul sebati.
8. Tepung dan baking powder diayak dan dimasukkan kedalam adunan.
9. Gaul sehingga adunan sebati.
10. (gambar adunan dah siap untuk dibentuk)
11. Sudukan adunan keatas baking sheet sehingga habis. Pastikan ade jarak lebin kurang 2 jari antara adunan biskut.
12. Ambil garfu dan leperkan adunan. Buat sehingga habis.
13. Oven dipanaskan pada suhu 180c. Bakar sehingga lebih kurang 15 minit. Bila dh siap, biarkan sejuk dahulu sebelum dimakan.

ENJOY!




3 comments:

sabar dubai said...

Nmpk mudah je ekk abm.....

A.B.M said...

memang mudah pon kak. :) trylah. ^^

Anonymous said...

Boleh xgantikn oat dgn nestum ke?