Friday, March 15, 2013

Resepi 224 : Rojak Petis Lagi

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam untuk makan tengah hari,
ABM ade buat rojak petis ni.
Memandangkan semua bahan dah ade kan.
Jadi senang lah nak buat.
ABM penah buat rojak petis sebelum ni.
Tapi bahan2 bnyk yg tak ade.
Ala perantau la katekan.
Tapi kali ni ABM buat memang bahan2 nye cukup.
Alhamdulillah sedap. hihi


Untuk resepi kali ni ABM rujuk dari blog che mat
Cara pembuatannya memang simple dan cepat.
Tak payah nak pikir nak masak yg susah2.
Rojak petis ni je pon dah memadai untuk buat lauk sayuran.
Okeylah, sesape yang nak try tu,
bolehlah tengok2 resepi di bawah ni.
Cuma ABM rasa ABM guna petis yg kecil sedikit saiznya
berbanding petis yang digunakan oleh che mat.
So, ABM cuma separuhkan adunan resepi dari blog che mat.


BAHAN BAHAN

sos petis
220g (1 bekas saiz kecil) petis otak udang 
1/2 ketul gula melaka saiz besar - dihiris
3/4 cawan air
1/4 cawan gula pasir (kalau dah rasa manis, takpyh letak lg)
3 sudu besar kicap pekat

bahan tambahan
kacang tanah - digoreng dan ditumbuk kasar
jus asam jawa secukupnya
kicap cair secukupnya
gula
15 biji cili padi - ikut citarasa

sayuran
kangkung - disiang, cuci, dicelur dan toskan
taugeh - disiang, cuci, celur dan toskan
tauhu - digoreng dan dipotong
timun - dicuci dan dihiris
nenas - dikupas dan dihiris
sengkuang - dikupas dan dihiris
tempe - digoreng dan dipotong


CARA CARA

1. Masukkan kesemua bahan sos petis dan masak dengan api sederhana. Kacau dan biarkan mendidih. Kemudian, kecilkan api dan biarkan sos dididih sehingga sos petis memekat. Matikan api dan biarkan sejuk.
2. Untuk menyediakan kuah rojak, masukkan bahan2 tambahan kedalam periuk berisi petis tersebut kecuali kacang yg ditumbuk kasar. Jika kurang masam, tambahkan jus asam jawa. Jika kurang masin, tambahkan kicap cair. Jika kurang pedas, tambah cili padi. Ikut citarasa masing2 ya.
3. Untuk penyediaan, masukkan sedikir sayuran kedalam mangkuk. Ambil sedikit kuah rojak dan masukkan kacang. Gaul sebati. Siap dihidang.

ENJOY

2 comments:

B-ha said...

Salam..ada kangkung ke skrng ni Jpn?

ahdaus said...

Salam…kalu nk try rojak petis mak bee (ready made)boleh gi ke site nie http://madeinkedah.blogspot.com Sedap & Harga berpatutan