Wednesday, March 13, 2013

Resepi 223 : Moist Chocolate Cupcakes with Chocolate Chips

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Bertemu lagi kita di dapur ABM
yang dah nak naik sawang ni.
Hari ni ABM terajin lagi.
So, ABM buatlah menu yang biasa kita dengar
Chocolate cupcakes.
Haritu ABM ade beli bekas cupcakes ni.
Jadi, harini buat lah menu berkisahkan cupcake.


Kek cawan coklat.
Memang selalu kita dengar.
Tapi, apa yang menariknya kat sini,
cara pembuatannya ABM tak pernah buat sebelum ni.
So, ABM pon nak cubalah caranya.
Tapi, ABM malas sikit. 
ABM tak buat pon frosting utk cupcake ni.
Makan camtu je pon dah sedap.
No need to frost this cupcake.
ABM dapat resepi dari blog kak Hasue.
Sesape yang nak cuba, boleh la try ya.
Kalau nak buat untuk jumlah yg sedikit,
boleh separuhkan adunan kek tersebut.


BAHAN BAHAN
(24 cawan cupcakes)

100g serbuk koko (*)
180g gula kastor (*)
1 tin (400g) susu sejat cair (*)
200g minyak sayuran - ABM guna minyak jagung (*)
250g susu pekat manis (*)
4 biji telur - dipukul sehingga berbuih
150g tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
chocolate chips secukupnya


CARA CARA

1. Panaskan oven 180c.
2. Satukan bahan bertanda (*) kedalam periuk dan kacau sebati. Gunakan api yang sederhana. Masakkan adunan sehingga gula benar2 sudah larut. Tak perlu mendidihkan adunan. Matikan api dan ketepikan.
3. Satukan tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder didalam bekas lain. Ayakkan dan ketepikan.
4. Telur yang dipukul sehingga berbuih tadi dimasukkan kedalam periuk berisi adunan coklat tadi. Kacau sebati. Kemudian, masukkan tepung yg diayak tadi dan gaul sebati.
5. Tapis adunan untuk mendapatkan adunan yang tidak berketul. Adunan memang cair ya. So, dont worry.
6. Masukkan 2/3 adunan kedalam cawan cupcake dan buat sehingga habis. Masukkan chocolate chips kedalam cupcakes. Bakar selama lebih kurang 20 minit (ABM bakar selama 30 minit) bergantung pada oven masing2. Bakar sehingga kek benar2 masak ya. Jika kek dicucuk dengan lidi, tiada cecair yang melekat pada lidi tersebut. Sejukkan dahulu barulah dihidang.

ENJOY

7 comments:

Gee® said...

Bestnyaaaaa....

A.B.M said...

try lah gee. :)

Vanilla Popsicle said...

Merekah-rekah tu yang nampak jadi extra delicious tu!!!!

Nour Aien said...

salam perkenalan :) waah sedap ni.

Lesung Batu said...

salam kenal..resepi yg simple yet sedap! :)

A.B.M said...

yup. mmg simple. cubalah. :)

Salam Kenal semua. :)

Anonymous said...

nak tanya, yang cara ke 4 tu still nak atas api jugak ker or tak payah?