Thursday, March 7, 2013

Resepi 222 : Puding Roti Bijirin Chip Coklat

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semalam sebenarnya ABM ade buat 
lagi satu menu.
Menu biase je. Puding roti.
Ni pon kakak ABM suruh ABM buat.
Sebenarnye mmg malas.
Tapi, sekali sekala balik,
kakak kata nak jugak rasa air tangan dari jepun.
Jepun la sangat kan.


Okeylah,
Untuk resepi kali ni,
ABM pon just rujuk gitu2 je resepi
dalam blog ABM ni.
Guna just bahan asas untuk buat puding roti ni.
Dan bahan2 pon senang nak dapat kat kawasan felda ni.
ABM nak kongsi satu rahsia besar ni!
Kalau sesape nak buat puding roti,
gunalah roti bijirin ni.
Actually, ABM kurang minat kalau makan roti bijirin 
camtu je.
Tapi, akak kata, kalau guna roti bijirin untuk buat puding roti,
rasanya akan sedap.
Yes! memang betul!
ABM ratingkan 10 kali ganda lebih sedap daripada 
kita guna roti biasa.
Tak percaya? Kenala cuba.


BAHAN BAHAN
(loyang 18cm)

12 keping roti bijirin - dibuang tepi
Butter - untuk disapu pada roti
350ml susu segar
200ml susu pekat - ikut citarasa manis masing2
3 biji telur
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
chocolate chips secukupnya



CARA CARA

1. Panaskan oven 180c
2. Roti yang dibuang tepi hendaklah disapu dengan butter dan disusun didalam loyang. Jika perlu dikoyakkan, buat sedemikian. 
3. Diatas lapisan pertama, taburkan chocolate chips. Lapik dengan roti dilapisan kedua. Ulang langkah ini sehingga siap.
4. Didalam mangkuk, pukul telur, susu segar, susu pekat, tepung gandum dan esen vanilla. Pukul sebati. Kemudian, curahkan diatas loyang berisi roti tadi. Dan ditabur juga coklat chips diatasnya. Biarkan selama 15-30 minit.
5. Bakar didalam oven selama 30 minit. Jika dan siap, sejukkan dahulu. Kemudian, masukkan didalam peti sejuk. Jika dah benar2 sejuk, barulah dipotong.



ENJOY!



9 comments:

faa.rosli said...

dapnya bread pudding!!

A.B.M said...

cubalah faa. :)

Anonymous said...

Youre so talented bro!

A.B.M said...

Alhamdulillah.
thanks. :)

sue bee said...

datang jenguk dapur ABM, ceduk ilmu camna nak buat puding

NadiaYusof~~ said...

nasib baik terjumpa resepi puding roti gune roti bijirin..sbb skg dok pk2 apela nk buat dgn roti sebungkus kt rumah tu...dh nk expired dh..malam ni segera buat untuk buka puasa heheh

Thanx for the resepi ABM =)

visit my blog http://azzahrahealth.blogspot.com/

A.B.M said...

Selamat mencuba nadia,, :)

Jaa said...

In the making! Tq ABM :3

sihatCantik said...

yg boleh try wat minum ptg ni.. sbb resepi simple.. nnt sy cuba.. thanks :)