Resepi 221 : Kerabu Mangga Mudah
Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera
Untuk kali ni, ABM buat kerabu mangga
untuk menu tambahan makan malam tadi.
Alhamdulillah dapat pujian.
hihi.
Dan resepi ABM ni pakai campak2 je.
Sebab tak de mase nak membelek resepi
kat internet.
So, guna bahan yang ade
Untuk siapkan kerabu mangga ni.
Tapi ABM buat portion yang sikit je.
Lebih kurang untuk 4 orang makan.
Kalau nak buat untuk kumpulan yang ramai,
boleh la tambah darab tolak bahagi resepi ABM ni.
BAHAN BAHAN
2 biji mangga muda
3 biji bawang merah kecil - dihiris
2 sudu kecil sos ikan
2 sudu besar gula - ikut citarasa
5-6 biji cili padi - ikut citarasa kepedasan yg disukai
1 genggam ikan bilis - digoreng garing dan ditumbuk kasar
CARA CARA
1. Hiris mangga dengan penghiris utk buat kerepek tu dan potong memanjang. Buat sehingga habis.
2. Masukkan bawang merah yg dihiris, sos ikan, gula dan cili padi kedalam mangkuk berisi mangga tadi dan gaul sebati.
3. Ambil setengah daripada ikan bilis yang ditumbuk tadi dan gaulkan sekali. Lagi setengah tu untuk tabur semasa dihidang. Ini untuk mengekalkan kerangupan ikan bilis tadi. Siap dan sedia dihidang.
ENJOY!
Comments
apa lg, jom gi kedapur. :)
wahh menarik! ley try. :)