Saturday, March 2, 2013

Resepi 220 : Kuih Tepung Pelita

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Apa kabar semua?
Dah lama dah tak update resepi
Memandangkan ABM taknak terlalu berhabuk blog ni,
semalam ABM ade buat kuih ni.
Baru hari ni terajin nak menaip.
Bila dah balik rumah ni,
kalau nak buat something tu pon tak boleh buat menu 
yang pelik2.
Takut nanti takde sape nak makan.
So, ABM buatlah kuih tradisi ni.
Lagipon kalau kat jepun sana,
susah sikit nak buat resepi kuih malaysia ni kan.
Memandangkan kesempitan bahan.
ABM pon ambil peluang ni buat menu kuih tradisi.
Mungkin lepas ni ade lah lagi resepi makanan tradisi yang ABM akan kongsi.
Tu pon kalau semangat rajin ni datang balik.


Okeylah, resepi ni ABM rujuk kat blog Pn. Azlita Masam Manis.
Kuih ni tak susah mana pon.
Bahan pon simple je.
Kak ita buat bekas dari daun pisang.
ABM buat kotak dari daun pandan
Untuk kotak pandan ABM pon rujuk kat blog Masam Manis.
Tp kalau malas, 
gunalah bekas yang comel2.
So, kalau nak try
boleh la jenguk2 resepi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN
(35 ketul bergantung pada saiz bekas)

Lapisan Bawah (pandan)
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
1-2 sudu kecil air kapur
4 helai daun pandan - dikisar dgn sedikit air dan ditapis airnya

Lapisan Atas (santan)
4 sudu besar tepung gandum
4 cawan santan - ABM guna 1 kotak kecil santan KARA + 3 cawan air
secubit garam
2 sudu kecil gula - ABM tambah

optional
Chocolate Chips - ABM pepandai tambah
kotak pandan secukupnya


CARA CARA

Kotak Pandan

1. Ambil satu helai daun pandan dan potong panjang 10 inci. Setiap 2 inci, lipat dan potong separuh bahagian. Lihat pada gambar 1.
2. Pada bahagian hujung, buang sebahagian daun pandan tersebut. Lihat gambar 2. 
3. Lipat dan buat seperti gambar 3. Selang selikan tapak dan buat seperti bentuk tikar.
4. Stepler pada bahagian akhir.
5. Siap! dan buat sehingga habis.

p/s : Saiz bekas bergantung juga pada kelebaran daun pandan.

Lapisan Bawah (pandan)
1. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan kacau sebati.
2. Gunakan api yang kecil dan kacau adunan sehingga pekat dan permukaannya terdapat letupan kecil. Tutup api.
3. Masukkan kedalam bekas yang sesuai dan buat sehingga habis. Jika dah agak sejuk, masukkan chocolate chips (kalau guna) dan tekan sedikit kedalam adunan. Buat sehingga habis.
4. Biarkan sejuk dahulu sebelum letak lapisan santan diatasnya.

Lapisan Atas (santan)
1. Masukkan kesemua bahan2 kedalam periuk dan kacau sebati.
2. Guankan api kecil dan gaul sebati. Jika dah pekat dan terdapat letupan kecil diatasnya, matikan api.
3. Sudukan kedalam bekas tadi dengan rata. Buat sehingga habis. Sejukkan dahulu didalam peti ais sebelum dihidang.

ENJOY!


9 comments:

laskar pelangi said...

yummy;)
suka sangat kuih ni..makan sejuk2 yang best ni

faa.rosli said...

ni bukan tepung pelita ni..tepung lampu candeliar ni..moden ada ceklat chips..sedapnya....

kita pon guna resepi Kak Ita masa buat kuih ni..

A.B.M said...

[laskar pelangi]
haha. tau xpe. mmg best makan sejuk2.

A.B.M said...

[faa]
kahkah. moden sgt nama tu. :D
Sebab tetbe ternmpk choc chip. masukkan la skali dlm tu. hihi.

syapex said...

ni br best... ada coklat chip...
kompem sdp...

A.B.M said...

hahaha. sje kekonon nak modenkan. :D

sabar dubai said...

Hajimemashite.....

Mne dpt daun pandan yg segar gile kt nihon nihhh syoknyeeee dulu akak kt kagawa..bile dr bsticrom pon seme da layu2

A.B.M said...

hajimemashite.. :)

sy tgh bercuti kat malaysia skrng. sbb tu senang nak jmpe daun pandan. tapi lau kat jepun tu sy cadangkan, beli je daun pandan kat baticrom tu just utk buat paste. tp, untuk cawannya, beli la cawan plastik yg kecil2 tu.. :)

Anonymous said...

kalau tak letak air kapur tu boleh ke?