Sunday, February 17, 2013

Resepi 218 : Cream Cheese and Chocolate Custard Bread Tart

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Seperti yang dijanjikan,
ABM akan buat satu entry harini 
about satu lagi dessert yang ABM buat semalam
khas untuk farewell party utk senior2
yang bakal grad bulan 3 ni.


Untuk menu dessert kali ni,
ABM dapat idea setelah tengok satu rancangan tv kat jepun ni.
Sebenarnya menu ni untuk menu valentine's day.
Sebagai orang islam,
tak patut lah kan nak sambut hari kekasih ni.
Tapi, kalau nak tahu, menu2 utk hari kekasih ni sangat mudah.
Especially dessert lah kan.
So, after ABM tgk rancangan tu,
terus ABM dapat idea nak buat utk farewell party senior2 kat sini.
So, sesape yang nak try, bolehlah tgk2 resepi kat bawah.
Resepi kat bawah ABM buat utk portion yg banyak.
Tapi, kalau nak buat sikit tu,
pandai2 lah budget ye.


BAHAN BAHAN
(untuk 30 ketul)

Chocolate Custard
200g chocolate (ABM pakai dark chocolate)
3 biji telur
700ml susu segar
40g tepung custard
secubit garam
110g gula kastor

Cream Cheese Custard
3 biji kunung telur
100g gula halus
200g cream cheese
sedikit esen vanilla
360ml whipping cream

Bread Tart
30 keping roti potong - dibuang tepi
sedikit butter - yg dicairkan utk disapu (ABM tak letak)
lebihan putih telur - sebagai gam

Optional
Daun pudina
Biskut lady fingers secukupnya
kisaran kacang almond secukupnya
strawberry


CARA CARA

Chocolate Custard
1. Panaskan susu segar didalam saucepan. Sementara itu, masukkan telur, garam dan gula didalam mangkuk lain dan pukul seketika.
2. Masukkan sedikit susu yg dipanaskan dalam adunan telur dan gaul sebati. Ini untuk "tempered" telur tersebut supaya telur tak "terkejut" bila dimasukkan terus kedalam susu. Kemudian, masukkan adunan telur tadi kedalam susu kesemuanya dan kacau sebati.
3. Ambil sedikit campuran susu tadi kedalam mangkuk yang berisi tepung custard. Gaul rata. Kemudian, masukkan kembali campuran tepung custard tadi kedalam susu dan sentiasa gaul sehingga adunan pekat.
4. Jika dah pekat, matikan api. Tapiskan adunan custard kedalam mangkuk berisi coklat. Tunggu beberapa minit kemudian, gaul sehingga sebati. Pastikan anda tapis adunan custard ye untuk mendapatkan custard yang tak berketul2.
5. Sejukkan seketika dan wrapkan guna plastik wrap sehingga plastik mencecah permukaan custard. Masukkan kedalam peti ais sementara membuat bahan2 yang lain.

Cream Cheese Custard
1. Masukkan kuning telur dan gula halus didalam mangkuk dan gaul sebati. Gunakan kaedah waterbath dan gaul kuning telur sehingga pucat dan pekat (ala2 custard). Masukkan pula cream cheese dan gaul sehingga sebati. 
2. Jika dah sebati, alihkan daripada waterbath dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati. Wrapkan dgn plastik wrap sehingga plastik mencecah pada permukaan custard. Sejukkan didalam peti ais sebelum diletakkan whipping cream didalamnya.
3. Jika dah custard dah sejuk, pukul whipping cream sehingga kental (jgn overbeat). Masukkan sedikit demi sedikit whipping cream kedalam custard. 

p/s : ABM cadangkan pukul whipping cream semasa prosess penyediaan. 

Bread Tart
1. Panaskan oven 200c
2. Roti yg dibuang tepi dicanai seketika supaya rata dan mampat. Masukkan roti kedalam muffin pan saiz besar dan lipat dengan kemas dibahagian tepinya. 
3. Disetiap dilipatan, hendaklah disapu dengan putih telur supaya melekat dan roti tak terburai selepas dibakar. Jika perlu, sapukan sedikit butter yang cair pada roti. Sapukan bahagian dalam sekali.
4. Bakar selama 10 minit atau sehingga bahagian atas roti warna perang dan bakar sehingga habis. Sejukkan dahulu sebelum isi filling didalamnya

Penyediaan
1. Masukkan chocolate custad didalam tart roti. Diikuti dengan cream cheese custard. Buat sehingga habis dan sejukkan didalam peti ais lebih kurang 2-3 jam.
2. Jika dah sejuk, barulah dihias dengan bahan2 yang rasa sesuai diletak diatasnya.

ENJOY!

2 comments:

faa.rosli said...

creativenya...xpenah tgk dessert ohsemm camni...

A.B.M said...

try la buat faa. :)