Friday, February 8, 2013

Resepi 213 : Homemade Salmon Fillet Burger with Tartar Sauce

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Semangat sangat hari ni sebabnya
dah hujung minggu.
Walaupon ade lagi 2 papers utk next week,
tetap gatal tangan nak buat burger ni.


ABM dulu pernah buat roti burger homemade.
Maklumlah, kat sini susah nak dapat roti burger.
So, nak tak nak kenelah buat sendiri.
Resepi burger tu asalnya ABM rujuk kat blog Pn Juwita.
Dan untuk resepi salmon fillet dan tartar sauce ni,
ABM rujuk kat vblog recipe runnyrunny999
Thanks for the idea.
So, lau nak cuba, ley lah jenguk2 resepi kat bawah


BAHAN BAHAN
(3 ketul burger saiz biasa)

bahan roti burger
180g tepung roti
1 sudu besar gula
secubit garam
1 1/2 sudu kecil yeast
1/2 biji telur (lagi setengah buat gris)
1 sudu besar butter
50ml susu segar - disuamkan
30ml air suam (40-45℃)

bahan gris
lebihan telur tadi
1 sudu kecil susu segar
1/2 sudu kecil madu
biji bijan secukupnya

bahan salmon fillet
3 potong ikan salmon (ABM beli yg frozen, murah)
2 sudu besar breadcrumbs
1 sudu besar mayonis
garam dan serbuk lada hitam secukupnya

bahan salut
1 biji telur - dipukul seketika
breadcrumbs secukupnya
tepung gandum secukupnya

tartar sauce
2 biji telur rebus
parsley secukupnya (ABM letak 2 sudu besar parsley kering) - ikut citarasa
50-80g bawang kuning (bawang holland)
3 sudu besar mayonis
1 sudu kecil lemon juice - ikut citarasa
serbuk lada hitam secukup rasa
garam dan gula secukup rasa

bahan tambahan
kobes
timun
slice cheese
atau apa2 yg difikirkan sesuai


CARA CARA

roti burger
1. Yis dan air suam hendaklah disatukan dan dibiarkan seketika selama 5 minit untuk yis aktif. Suhu pada air suam hendaklah betul. Jika terlalu panas airnya akan mematikan yis. Dan jika terlalu sejuk, yis tak aktif. Jika part ni gagal, doh tak menjadi. Hati-hati ya. Nak tahu yis aktif ke tidak, selepas 5 minit, yis akan mengembang dan bau yis akan naik.
2. Masukkan bahan2 roti burger yang lain kedalam mangkuk. Gaul sebati. Kemudian, masukkan yis tadi dan uli sehingga sebati. Lebih kurang 10-15 minit. Jika doh terlalu lembik, tambah tepung lagi. Jika terlalu keras, tambah air suam lagi.
3. Bulatkan doh dan letak didalam mangkuk yg digris dengan sedikit minyak. Salut seluruh doh tadi dgn minyak juga untuk mengelakkan doh tadi ada menghasilkan "kulit" yg kita tak mahukan. Wrapkan mangkuk berisi doh tadi dengan ketat dan rehatkan didalam tempat yg suam selama 1 jam (tempat paling best letak je dalam oven masing2. Pastikan oven tu OFF ye).
4. Bila dah 1 jam, keluarkan doh. bahagikan 3 bahagian (boleh buat 4 sebenarnya jika nak saiz kecil sikit). Sementara itu, (jika nak roti burger macam ABM buat tu, yg menaik tegak) buat origami sikit pada aluminium foil seperti gambar dibawah. Saiz diameter lebih kurang 8cm. Tinggi dalam 3 cm Buat 3 keping.


5. Doh yg dah dibahagikan tadi dibuat bulat dan dileperkan sedikit dengan kemas. Susun aluminium foil tadi diatas loyang yg dibawahnya ada baking sheet. Masukkan doh didalam lingkungan foil tadi. Tekan sikit sehingga memenuhi ring foil. Buat sehingga habis. Rehatkan lagi doh selama 30minit - 1jam.
6. Panaskan oven 180c. Sementara tunggu oven dipanaskan, campurkan kesemua bahan untuk gris kecuali bijan. Sapukan diatas doh tadi dan taburkan bijan diatasnya. Kemudian, sapu lagi telur pada doh untuk bijan lekat dengan sempurna.
7. Bakar roti selama 17-20 minit atau sehingga roti benar2 masak.

salmon fillet
1. Salmon tadi hendaklah dibersihkan dan digoreng dengan minyak sedikit diatas frying pan yg leper. Goreng sehingga masak. Jika dah siap, angkat. 
2. Asingkan isi dan tulang salmon dan masukkan isi salmon dalam satu mangkuk. Masukkan juga mayonis, breadcrumbs dan garam serta serbuk lada hitam. Gaul sebati. Bahagikan 3 bahagian. Bulatkan isi ikan dan leperkan. Buat sehingga habis.
3. Salut isi ikan dengan tepung --> telur --> breadcrumbs. Buat ikut turutan tersebut dan goreng didalam minyak penuh sehingga keemasan. Angkat dan toskan.

tartar sauce
1. Satukan kesemua bahan didalam food processor dan kisar sebati. Rasa sedikit. Jika kurang sana sini, tambah la apa yg kurang ikut citarasa masing2. Siap.

Penyediaan
1. Roti burger yg dah sejuk dipotong dua. Sapukan butter pada kedua2 bahagian dan toast diatas pan sehingga keperangan. 
2. Susun lah kesemua element tadi ikut citarasa. SIAP!

ENJOY


No comments: