Monday, February 4, 2013

Resepi 211 : Baked Cream Cheese Savoury Dip

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Wah, dah lama jugak tak update resepi ni.
Busy sikit sbb sekarang tgh demam exam.
Doakan ABM ya mudah2an dapat jawab dgn tenang.
Okeylah, sebelum update pasal resepi ni,
ABM teruja gila sebab my new assistant dah sampai.
Kitchenaid Mixer!!
Akhirnya ABM beli jugak.
Tapi semput jugak lah sebab harganya yg boleh tahan cantik!
Tapi, untuk jangka masa panjang kan,
ABM pon belilah.
Ingtkan nak beli jenis Artisan je,
tapi bila tengok harga,
harga dengan professional 600 ni lebih kurang je.
So, bila dah baca review sume,
ABM pon pilih jenis pro 600 ni.


Okeylah,
Untuk resepi harini ABM buat menu simple saje.
Memang sesuai dimakan time minum petang ataupon sarapan.
Sesuai jugak nak buat ngunyah2 time tengok tv.
ABM rujuk kat resepi kat blog Chef John : Food Wishes.
ABM takdelah ikut 100%
Tapi, ABM guna apa yang ada kat dapur.
Dan resepi dibawah ni adelah cadangan saje.
Anda sume boleh je nak taruk ape yang disukai kat dalam tu.
Cooking is an art. Not as fixed as math.
So, gunalah kreativiti yang Allah bagi untuk buat pencicah ni.
Nak buat ala2 malaysia pon okey if ade idea.
Okeylah, jom semak resepi dibawah.


BAHAN BAHAN

200g cream cheese 
1/4 cawan plain yogurt
2-3 sudu besar mayonis
1/2 biji lada benggala (ABM guna warna merah) - ikut citarasa
1/2 batang daun bawang - ikut citarasa
1/2 biji jus lemon
1 sudu besar sos cili thai
serbuk lada
2 ulas bawang kecil - dicincang halus
garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
12 batang isi ketam (yg warna merah tu) - ikut citarasa
1/4 cawan hirisan cheese (apa2 cheese yg cair bila bakar)
cheese tambahan secukupnya untuk ditabur atas


CARA CARA

1. Panaskan oven 190c.
2. Didalam mangkuk, masukkan kesemua bahan2 kedalam nya dan gaul sebati. Rasa sedikit. Jika dan ok, masukkan kedalam bekas yg sesuai untuk dibakar. Taburkan cheese tambahan diatasnya.
3. Bakar selama 30 minit. Enak dimakan panas. Sesuai dimakan bersama biskut dan roti.

ENJOY!

8 comments:

faa.rosli said...

good luck for ur exam!

waa best nya dapat 'mainan masak-masak' baru...jeles jeles..hehehe

sedapnya dip cheese ni...makan ngan cip pon sedap ni..

A.B.M said...

Thanks faa!
super excited dpt mainnan baru ni. haha.
Yup2! good idea. sedap gak makan ngn chip. :D

Marsita yahya said...

WAA...gadget baru...lepas ni konfim resepi canggih akan tersiar pulak:)

A.B.M said...

hihi. InsyaAllah :)

Najihah Shafie said...

bestnya ada mixer baru..makin btambah rajin la nak mem'baking' lps ni..hee
resepi hari ni pon nmpak best..cayalahh :)

Suzana Ibrahim said...

As salam ABM nampak sedap rasa nak cuba buatlah nanti dan selamat menghadapi exam.wish u agood luck!

A.B.M said...

[najihah]
mmg tgh berkobar2. haha
tapi disebabkan exam, kene slowdown sikit.
hoho

A.B.M said...

[suzana]
thanks suzana. :)