Friday, February 1, 2013

Resepi 210 : Strawberry Soufflé

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Sedar tak sedar dah sebulan dah berlalu
untuk tahun 2013 ni.
Rasa cepat sangat.
Untuk hari ni ABM buat hot dessert ni.
Menurut encik gugel, dessert ni berasal dari France.
Struktur dalaman souffle ni agak spongy
Tapi nak kata macam kek span tak jugak.
Dia antara stuktur kek dan mousse.
Sangat lembut dan cair dimulut.
(cewah ayatt!)


Untuk resepi ni ABM rujuk dari blog euginekitchen
Tapi resepi asal guna vanilla je.
Tapi skrng ni strawberry in season kat sini
so, ABM pon ubah la sikit2
Sebelum ni ABM ade jugak buat chocolate souffle ni
lebih kurang jelah cara buatnya.
ABM nak pesan sikit,
souffle ni sesuai dimakan terus semasa panas.
Sebab tu dy ni hot dessert.
Yang tak bestnya,
souffle ni tak sesuai utk disimpan.
Sebabnya semasa dibakar souffle ni akan naik meningkat!
Tapi, bila dah sejuk, souffle ni akan mendak.
Sebab itulah souffle ni sesuai dimakan time baru2 siap.
Nampak lah bertingkatnya.
Menurut Pn Eugine tu, pepatah french ada menyatakan
“ Le soufflé n’attend pas, on attend le soufflé.” 
maksudnya,
"Souffle tak tunggu kita (tetamu), tapi kita (tetamu) yang menunggunya."
faham? hihi
Okeylah kalau nak buat, kat bawah ni ada resepinya.


BAHAN BAHAN
(6 cawan ramekin - saiz -/+ 7cm)

25g butter
20g tepung gandum
70ml susu - disuamkan
50ml strawberry puree
50-60g gula halus - ikut citarasa
3 biji telur - asingkan putih dan kuning
sedikit esen strawberry
sedikit pewarna merah
secubit garam

sedikit gula dan butter - untuk disapu dan disalut pada ramekin


CARA CARA

1. Panaskan oven 200c.
2. Sapukan butter pada bekas ramekin. Kemudian, masukkan sedikit gula kedalamnya dan gerakkan cawan ramekin sehingga gula menyelaputi bahagian dalam ramekin. Buat dikesemua bekas. Ketepikan.
3. Didalam saucepan, masukkan butter dan kacau sehingga cair. Masukkan tepung dan garam dan kacau sebati sehingga lebih kurang 1 minit. Gunakan api kecil sahaja. 
4. Masukkan susu sedikit demi sedikit sambil kacau adunan sehingga sebati tanpa ketulan tepung. Setelah itu, alihkan adunan pada bekas yang lain.
5. Masukkan separuh daripada gula dan kacau sebati. Kemudian, masukkan kuning telur satu persatu sambil kacau adunan. Kacau sebati
6. Masukkan pewarna merah, strawberry puree dan esen strawberry. Kacau sebati dan ketepikan.
7. Didalam bekas lain masukkan putih telur. Putar sehingga soft peak. Tambah lebihan gula tadi sedikit demi sedikit dan putarkan sehingga stiff peak. 
8. Ambil 1/3 daripada putih telur dan masukkan dalam adunan tepung tadi. Kacau sebati. Kemudian, tuang adunan tepung tadi kedalam putih telur dan kaup balik adunan sehingga sebati. Masukkan adunan kedalam bekas ramekin dan bersihkan bekas ramekin jika ade adunan yg melimpah.
9. Bakar selama 12-15 minit. Bila dah siap tabur icing sugar diatasnya semasa dihidang. Enak juga dimakan bersama ice cream. 

ENJOY!

2 comments:

faa.rosli said...

gojess dessert ni. hot gitu! siap ada quote..suke suke!

A.B.M said...

hihi. :D