Monday, February 11, 2013

Resepi 214 : Caramel Macchiato Coffee Pound Cake

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni agak gatal tangan nak buat kek ni.
Lagipon ade lagi beberapa 
sachet caramel macchiato instant coffee kat dapur.
So, ade idealah nak buat kek ni.


Actually, ABM ni takdelah peminat coffee
Tapi, mase ABM pegi korea haritu,
ABM ade beli caramel macchiato coffee kat convenience store
kat sana. Memang sedap! So, terus jatuh chenta.
Balik semula ke jepun ni,
ABM pon beli lah instant coffee ni kat kedai.


Bila minum camtu je, memang lah xde variasi kan
Jadi, ABM pon buat lah kek berperisa coffee ni.
Resepi ABM rujuk kat buku resepi yg ABM beli kat jepun.
Tapi resepi tu resepi plain butter cake
Well,nama pon ABM kan,
suka menderhaka resepi.
So, jadilah kek ni.
Sesape yang minatnya sama cam ABM ni,
suka flavor caramel macchiato ni,
ley lah tgk resepi kat bawah.


BAHAN BAHAN
(23cm x 8cm loyang)

170g tepung gandum - diayak
1 sudu kecil baking powder - diayak
200g butter
150g gula
3 biji telur
sedikit  esen vanilla 
30g caramel macchiato instant coffee (2paket kecil) 
*ABM letak 3 paket sebab ABM suka gila rasa coffee ni hihi*



CARA CARA

1. Panaskan oven 170c
2. Didalam mangkuk, masukkan butter. Pukul sehingga berkrim. Kemudian, masukkan gula dan pukul sehingga kembang (pucat).
3. Didalam bekas lain, pukul sedikit telur. Masukkan sedikit demi sedikit telur yg dipukul seketika tadi kedalam adunan butter. Putarkan sehingga sebati.
4. Masukkan esen vanilla dan gunakan spatula, kaup balik adunan. Masukkan instant coffee dan kaup balik sebati. Kemudian, masukkan tepung yg diayak bersama baking powder sedikit demi sedikit dan kaup balik sehingga sebati.
5. Masukkan didalam loyang yg dilapik dengan baking sheet dan ratakan. Bakar selama 50 - 55 minit atau sehingga benar2 masak. Sejukkan dahulu barulah dihidang. Jika nak hidang dengan caramel sauce, kurangkan gula dalam adunan kek. Kalau tak nanti manis sgt pula. Tapi, kalau xletak caramel sauce pon ok je sebab rasa kek ni dah rasa caramel pon.

ENJOY!

3 comments:

amirnawawi said...

Woot woot. Nampak sedap.. Leh cuba buat nih

A.B.M said...

sila sila. :)

fakrul said...

assalam ... hai A.B.M
kalau takde caramel macchiato instant coffee, apa bahan yang sesuai sebagai gantian??? TQ