Wednesday, January 30, 2013

Resepi 208 : Sosej Gulung Rangup

Assalamualaikum wbt
Salam Sejahtera


Hari ni ABM buat menu simple je
Untuk minum petang.
Sesambil tu buat la kerje sikit.
Exam minggu depan agak banyak.
So, ulangkaji la ape yang patut


Resepi ni ABM dah penah buat
tapi tak delah guna sosej.
Sebelum ni ABM guna tuna.
Tapi, haritu ade beli sosej,
so, teringin nak buat versi ni pulak.
Resepi asal ABM rujuk dari blog che mat
Tapi, ade jugak yg ABM ubah cara sikit.
Sebab nak cepat kan. hihi


BAHAN BAHAN

6 batang sosej
6 keping roti potong - dibuang bahagian tepinya
1 biji telur - dipukul sedikit
breadcrumbs secukupnya
*kalau ada sliced cheese menarik juga*


CARA CARA

1. Roti yang sudah dipotong bahagian tepinya hendaklah dileperkan dengan menggunakan penggiling pastry. Selepas itu, letakkan sliced cheese didalamnya (kalau letak) dan kemudian, diikuti dengan sosej diatasnya. Gulung kemas.
2. Sapukan sedikit telur dibahagian hujung roti yang bertindak sebagai gam. Tekan2 sikit supaya melekat. Sapukan telur di keseluruhan bahagian. Gulingkan diatas breadcrumbs sehingga meliputi keseluruhan. Buat sehingga habis.
3. Goreng didalam minyak penuh sehingga keperangan. Angkat dan toskan. Siap dihidang bersama sos kegemaran.

ENJOY!

3 comments:

eray said...

apepasal lah nampak sedap sangat nie, tapi baru je makan sosej haritu. takpe nak buat ngn sardine, aci tak?

http://welovesusuibu.blogspot.com/2013/01/set-penyusuan-shaklee-paling-bajet-gila.html

A.B.M said...

owh. bole je guna sardin. kretip2! :D

adel said...

woaa...gambar die gerak2 la :D nmpak sedap,nk try buat ^_^